Recent News

Saturday 27 August 2011

Jenis-Jenis Ikan Kelisa (Arowana)

Banjar Red Arowana


Banjar Red Arowana Mirip Dengan Yello Tail Atau Green Arowana, Ekor Bulat Berwarna Merah Dan Skala Warna Hijau Metalik. Ini Adalah Arowana Yang Paling Mudah Didapati Dengan Harga Berpatutan Serta Warna Juga Sangat Menarik. Pencinta Arowana Ini Juga Menggelarkan Namanya Sebagai Arowana Kelas Merah Kedua.

Green Arowana


Arowana Hijau Atau Digelar 'Green Arowana' Memiliki Tubuh Hijau Kelabu Gelap Dengan Ekor Bergaris Hijau Kekelabuan. Bentuk Kepelbagaian Ini Adalah Sebuah Perbezaan Besar Dibandingkan Dengan Pilihan-Pilihan Lain Dengan Kepala Atau Porsi Mulut Yang Lebih Besar Dan Bulat. Ini Adalah Salah Satu Spesis Yang Paling Banyak Di Asia Di Mana Ianya Banyak Terdapat Di Malaysia, Indonesia, Thailand Dan Lain-Lain. Harganya Juga Amat Berpatutan Dan Senang Dibiakkan.

Malaysia Golden Arowana


Ianya Adalah Salah Satu Spesis Yang Paling Mahal Bagi Jenis Arowana Asia. Ada Banyak Pilihan Daripada Jenis Arowana Emas Malaysia Seperti Arowana 'Golden Bluebase' Iaitu Boleh Dikenali Dengan Mengamati Berdasarkan Skala Warna Metalik Biru Dan Sejenis Lagi Dengan Warna Emas Mengelilingi Belakangnya Atau Semua Keseluruhan Badannya Keemasan, Ianya Dikenali Sebagai Arowana 'Golden Crossback', Jika Ianya Mempunyai Badan Setengah Emas Pula Dikenali Sebagai Arowana 'Highback' Dan Juga Sejenis Lagi Dikenali Sebagai 'Super Highback'.

Platinum Arowana


Platinum Arowana Dihasilkan Menggunakan Teknologi Canggih Dimana Hasil Kacukan Baka-Baka Ikan Arowana Yang Terbaik Di Dunia. Ianya Juga Merupakan Ikan Arowana Yang Termahal Di Dunia Yang Pernah Dihasilkan. Ianya Jarang Sekali Ditemui, Ini Kerana Hanya Pengusaha Yang Mempunyai Teknologi Tersebut Boleh Membiakkan Ikan Jenis Ini. Malah Permintaannya Adalah Amat Tinggi Sehingga Mencecah Ratusan Ribu Ringgit. Kebanyakan Ikan In Dibeli Oleh Pasaran Luar Seperti Jepun, Korea, China Dan Negar-Negara Barat.

Red Tail Golden Arowana


Kebanyakan Red Tail Golden Arowana Akan Mempunyai Warna Emas Di Sisiknya Mencapai Baris Keempat Dan Sekiranya Sisik Yang Lebih Baik Akan Mempunyai Warna Emas Itu Mencapai Baris Kelima. Terbaik Mengenai Spesis Ini Adalah Sisiknya Akan Bersilang Terus Di Belakang Badannya Sehingga Sisik Yang Ke Enam. Jenis Ini Juga Agak Mahal Di Pasaran Kerana Keunikkan Sisiknya Yang Dipanggil 'Super Highback'.

Silver Arowana


Silver Arowana (Osteoglossum Bicirrhosum) Berasal Dari Amazon Basin. Ianya Mempunyai Sirp Dan Ekor Yang Panjang Dan Sisiknya Dipenuhi Dengan Warna Perak, Dan Biasanya Ikan Arowana Perak Ini Adalah Jenis Arowana Kelas Yang Paling Ekonomi Jika Dibandingkan Dengan Jenis-Jenis Spesis Arowana Yang Lain Serta Ianya Juga Senang Dipelihara. Terdapar Juga Spesis Yang Serupa Iaitu 'Black Arowana' Di Mana Ikan Ini Berwarna Kelabu Kehitaman.

Super Red Arowana


Ini Juga Merupakan Salah Satu Ikan Yang Popular Di Kalangan Semua Arowana Asia, Terutamanya Kerana Warnanya Begitu Menyerlah Sekali. Dengan Sirip Merah Muda Dan Begitu Juga Dengan Bibir Merah Serta Sisiknya, Boleh Dikatakan Semua Penggemar Tidak Mampu Menahan Godaan Untuk Memiliki Salah Satu Daripada Mereka. Dalam Beberapa Tahun Terakhir Ini Semua Jenis Ikan Arowana Merah Ini Dikumpulkan Bersama-Sama Dan Dipanggil 'Super Red' Atau 'Merah Kelas Pertama'.

Sumber - Arowana2u.com

Teknik Pancingan Kolam Air Masin

Assalamulaikum & Salam Sejahtera..Kali Ni Aku Nak Share Tentang Teknik Yang Sering Aku Praktikkan Apabila Memancing Di Kolam Berbayar Air Masin. Terdapat Perbagai Teknik Untuk Menduga Ikan Di Kolam Air Masin Ni, Tetapi Yang Sering Aku Praktikan Ialah Teknik Berpelampung Dan Teknik Baling Tarik (Casting Udang Kopek).

Teknik Pelampung (Udang Hidup)




Teknik Baling Tarik (Casting) Udang Kopek




Ni Lah Dua Perambut Yang Aku Sering Gunakan Semasa Memancing Di Kolam Air Masin. Biasanya Sesampai Di Kolam Aku Lebih Suka Mulakan Dengan Teknik Pelampung Dulu, Bukan Apa Teknik Pelampung Ni Syok Jugak Bila Kita Dapat Tengok Pelampung Kita Tenggelam Timbul Ditarik Ikan. Cuma Kalo Guna Teknik Ni Ikan Yang Cari Umpan..So..Kena Sabarlah Sikit Kan. Teknik Casting Pulak Aku Sering Guna Bila Teknik Pelampung Tak Dapat Sambutan. Kelebihan Teknik Casting Ni Adalah Bukan Ikan Yang Cari Umpan, Tapi Umpan Yang Cari Ikan, So Potensi Lebih Kepada Teknik Casting Ni, Cuma Kena Rajin Sikit..Hehe! Kalo Nak Santai Gunalah Pelampung, Sambil Mancing Bole Sembang2..Haha! Ok Ni Jelah Serba Sedikit Tips Yang Aku Nak Share Untuk Hari No..Okay..Bye!!

Friday 26 August 2011

Welcome My New PC :-p

Akhirnya...Setelah Sekian Lama Aku Impikan..Berjaya Juga Aku Membeli Sebuah PC Yang Mantap..Hehe! Aku Memang Dari Kecik Dulu Dah Idamkan Nak Ada PC Yang Power...Xdelah Power Beno..Just Kalo Main Game Ke, Tgk Video Takde Gagap2 Kira Okaylah Kan. Ni Tal, Kalu Dulu Main Game Red Alert Ke, Age Of Ampire Ke Bila Nak Pi Serang Je Punyalah Lama, Tergagap-Gagap, Tersangkut-Tersangkut, Sampai Ngantuk Dibuatnya..Hehe! Sekarang Mungkin Tidak..Semuanya Berjalan Lancar...Hehe!

     Sebelum Ni PC Aku Celeron Je, Kira Oklah Kan Setakat Nak Buat Kerja-Kerja Opis, Nak Main Tenet Ke..Cuma Sejak Kebelakangan Ni Asyik Meragam Je. Bulan Ni Je Dua Kali Kena Virus, Kali Pertama Aku Pi Anta Format, Minggu Depan Kena Lagi..Semuanya Facebook Punya Pasal La Ni. Pikir Punya Pikir, Dengan Keadaan PC Yang Sediaada Ni, Apalah Salahnya Aku Bagi Dia Bersara..Hehe! Bagi Generasi Baru Pulak Ambik Alih Tugas Dia..Hehe! Rasanya Dah Dekat Nak 10 Tahun Kot Aku Guna Celeron Ni..Sian Dia...Hehe!

     Now..PC Baru Aku Ni Dah Siap Setup, Banyak Benda Yang PC Lama Aku Tak Boleh Buat Skang Dah Bole Buat. Kalo Dulu Nak Tgk Video Yang HD Sikit, Tergagap2, Skang Xde Hal Punya..Kalo Dulu Nak Rip Atau Burn Ke Berejam, Skang Dah Jadi Cepat Sikit..Kehkeh! So Puas Hati Jugakla Aku Ngan Awek Baru Aku Ni..Hehe! Ada Gak Orang Tanya Aku, Kenapa Tak Beli Laptop. Bagi Aku Kepuasan Menggunakan Desktop Ni Lagi Lebih Berbanding Laptop. Lagipun Kalo Ada Laptop, Makin Tak Jadi Kejela Dibuatnya.Oklah Kat Bawah Ni Aku Sharekan Gambar PC Baru Aku...Hehe!


Spesifikasi

  • OS - Window 7 Home Premium 64-Bit
  • Processor - Intel Core i3 Processor 2100
  • Memory - 2GB DDR3
  • Hard Drive - 500GB
  • Graphics - NIVIDIA GeForce 405
Ha...Ni Jelah Serba Sedikit Tentang PC Baru Aku Ni..Hehe! Kira Okay Lah Kan..Ok..Chow


Friday 19 August 2011

Lesen Siakap Kolam 2011 :-P

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Sesapa Je Lah Baca Ruangan Ni. Kali Ni Aku Nak Share Pasal Lesen Ikan Siakap Kolam 2011 Yang Berjaya Diperolehi Dalam Dua Tiga Hari Lepas..Hehe!
     Peristiwa Ni Berlaku Pada Hari Selasa Yang Lepas Iaitu 16.8.2011, Lokasi Cam Bese lah Kan Kat Kolam Air Masin Kg Teluk Jawa. Ini Kali Ketiga Aku Pi Mancing Kat Sini, Kali Pertama Aku Mancing Kat Sini Dapat Siakap Merah, Kali Kedua Kumpau (Baling Udang Dapat Udang) And Kali Ketiga Rezeki Tuhan Kasi Lebih Dapat 2 Ekor Siakap Putih. Masa Memancing Selama 4 Jam Dan Di Kenakan Bayaran Sebanyak RM 42. Berbekalkan 5 Ekor Udang Hidup Dan 6 Ekor Udang Mati, Aku Yakin Malam Ni Mesti Aku Berjaya Mendaratkan Ikan, Tak Kiralah Sekor Pun Xpe...Janji Ada...Hehe!
     Sejam Yang Pertama Aku Memancing Kat Sebelah Kanan Kolam Di Pondok Yang Ketiga. Aku Try Teknik Casting Udang Kopek Dulu, Dalam Setengah Jam Camtulah Aku Casting. Dan Dalam Pada Masa Setengah Jam Tu Aku Kurang Berasa Yakin Dengan Teknik Kasting Udang Kopek Ni, Aku Beralih Pulak Dengan Teknik Pelampung Dengan Berumpankan Udang Hidup...Tunggu Punya Tunggu Ikan Masih Tak Kunjung Tiba. Apek Cina Kat Sebelah Aku Ni Yang Duk Kat Pondik Kedua Tu Asyik Dapat Je, Pas Dia, Dia, Pastu Dia Lagi...Tak Bole Jadi Ni Membe Aku Ajak Pi Tukar Tempat Duduk Pi Duduk Kat Sebelah Kiri Kolam Pulak, Duk Berhadapan Ngan Apek Tadi. Aku Masih Menggunakan Teknik Pelampung, Tapi Masih Tak Berjaya Menarik Perhatian Aku. Udang Hidup Yang Aku Beli Arini Semuanya Malas, Duk Diam Je, Bukannya Reti Nak Pi Jalan-Jalan Cari Ikan...Apada. Membe Aku Sampai Dah Tertido Kat Atas Kerusi Tu Sambil Menanya Bila Nak Dapat Ikan Ni..Aku Cakap Dia Sabar Jap Lagi Adalah Tu...Hehe (Ayat Nak Sedapkan Hati).
     Selepas 3 Jam Berlalu, Ikan Masih X Dapat Lagi, Camne Nak Buat Ni..Emm Pikir Punya Pikir Terus Wat Keputusan Tukar Kepada Teknik Casting Udang Kopek Tadi. Kali Dengan Tekad, X Kira La Aku Nak Casting Sampai Lebam..Masa Dah Suntuk Ni Jadi Kenlah All Out Kan. Casting Punya Casting, Dapatlah Sambaran Pertama, Drag Baru Nya Mengeluarkan Talinya, Tahan Punya Tahan, Sekali Rabut La. Pastu Apa Lagi Terus Tingkat Usaha Di Dalam Masa Kecederaan Ni, Aku Baling Kat Tempat Yang Sama, Dan Dapat Sambaran Sekali Lagi, Drag Macam Biasa Lah Mengeluarkan Bunyinya Yang Nyaring, Boleh Tahan Kuat Juga Ikan Ni..Tapi Macamna Kuatnya Dia, Lagi Kuat Joran Ngan Mesin Aku...Kehkeh! Akhirnya Tertewaslah Siakap Putih Dalam Skala 1Kg Lebih...Best Giler..Kehkeh


Kat Bawah Ni Pulak Gambar Siakap Pertama Ni Jika Di Bandingkan Kan Dengan Selipar Croc Palsu Aku Ni...Kehkeh!


Masa Tinggal Lagi Setengah Jam Je Dah Nak Tamat Ni..Apalagi Usaha Dipertingkatkan Lagi Bagi Memburu Siakap Kedua. Baling Punya Baling...Zaasssss...Umpan Mengena..Pergh Syok Tul Malam Ni...Tapi Ikan Kali Ni Tak Sehebat Siakap Yang First Tadi..Kejap Je Aku Wat Naik..Dalam 500-600 Gram Kot Siakap Kedua Ni...Oklah Kan Dari Xde...Hehe! Tak Sia-Sia Aku Turun Mancing Malam Ni..Terubatlah Jugak Rasa Nak Memancing Tu Kan


Tq Lah Pada Ajis Yang Sanggup Meneman Aku Malam Ni..Sampai Tertido-Tido...Kahkah! Xpe..Pasal Dia Sanggup Teman Aku..Jadi Kedua-Dua Ikan Ni Aku Bagi Kat Dia, Bukannya Apa..Pasal Kalo Aku Bawak Balik Bukannya Ada Org Nak Masak Utk Aku..Hehe!


Pasni Boleh Repeat Lagi Kolam Ni..Nasib Baik Aku X Blacklist Kolam Ni..Hehe! Kesimpulannya Kat Sini Sepanjang Aku Mancing Kolam Air Masin Ni Kan, Teknik Casting Udang Kopek Lebih Banyak Berjaya Memperdayakan Ikan..Kalo Guna Pelampung Tu Ikan Tunggu Ikan Cari Umpan, Tapi Kalo Guna Casting Umpan Cari Ikan...Ok..Sampai Di Sini Dulu..Chow Cin Chow :-p

Saturday 13 August 2011

My Lovely Fishing Reel :-p

Arini Aku Nak Share Ngan Korang Pasal Reel Memancing Kesayangan Aku...Haha! Semua Sekali Ada 4 Biji (Setakat Ini..Mungkin Akan Bertambah Kot). Semuanya Spinning Reel, Pintu Hati Ni Masih Lum Terbuka Lagi Nak Beralih Kepada Reel BC (Baitcaster). Mungkin Suatu Hari Nanti Bila Aku Dah Puas Guna Reel Spinning Ni Baru Aku Beralih Ke BC Kot. Buat Masa Sekarang Aku Lebih Selesa Menggunakan Reel Jenis Spinning. Biarlah Apa Orang Nak Kata Atau Kutuk, Janji Aku Happy...Haha!. So Skang Ni Aku Nak Share Ngan Korang Reel-Reel Kesayangan Aku Ni Mengikut Susunan Mana Yang Aku Lebih Sayang...Haha..Layannzz..!!

Shimano Aernos C3000



Okay...Mesin Ni Kalu Tak Silap Aku Beli Pada Tahun 2009, Lebih Kurang Macam Tu La. Reel Ni Menduduki Tempat Pertama Di Antara Reel-Reel Yang Lain. Banyak Dah Jasa Reel Ni Kat Aku, GT, Toman, Kerapu Semuanya Reel Ni Dah Bawak Naik. Kira Memang Berbaloilah Aku Beli Reel Ni, Harga Pun Ekonomi, Dulu Aku Beli Harganya Dalam RM 130 Kat Kedai Gemuk Kat Ulu Tiram. Reel Ni Aku Lebih Suka Guna Untuk Casting, Pasal Dia Kecik Dan Ringan, So Xde Lah Memenatkan Sangat Kan. Okay  Kita Beralih Pada Reel Yang Kedua Pulak.

Shimano Aerlex 4000



Shimano Aerlex Ni Adalah Reel Paling Lama Di Antara Ke Empat2 Reel Yang Lain. Reel Ni Aku Beli Pada Tahun 2006. Pasal Apa Beli? Pasal Nak Menggantikan Reel Mitchell Aku Yang Telah Jahanam. Aku Beli Kay Kedai Fisherman Kat Permas Jaya Dengan Mas Kahwin Sebanyak RM 270. Rasanya Ni Reel Paling Mahal Aku Pernah Beli Kot. Aku Lebih Suka Gunakan Reel Ni Untuk Teknik Bottom, Kadang2 Popping Pun Guna Jugak, Popping Skitter Pop 13 Cm...Macam Baling Batu...Kahkah! Condition Tip Top Sampai Sekarang. Jasanya Ikan Jenahak, Kerapu, Kaci, Siakap Semua Dia Dah Bedal. Kira Okaylah Kan..Skang Kita Pergi Kepada Pemenang Tempat Ketiga...:-p

Banax GT 4000W



Alkisah Tersebutlah Kisah Pasal Banax GT Ni. Ada Ceritanya Pasal Reel Ni. Reel Ni Dulu Aku Beli Pada Tahun 2009 Dekat Kedai Mancing Berjaya Dekat Kluang (Dekat Je Ngan Rumah Aku). Di Beli Dengan Harga RM 230..Lebih Kurang Camtulah..Menjadikannya Menduduki Tempat Kedua Dalam Carta Reel Paling Mahal Aku Pernah Beli. Pada Mulanya Reel Ni Dibeli Untuk Digabungkan Dengan Joran Abu Garcia Ultra Cast 2 Yang Panjangnya 9'. Kononnya Nak Berjinak2 Dengan Pancingan Pantailah Kan. Tapi Disebabkan Longkang Spool Reel Ni Terlalu Dalam Jadi Aku Merasakan Ianya Tidak Sesuai Untuk Melakukan Teknik Surfcasting. Jadi Skang Ni Aku Gabungkannya Dengan Joran Ugly Stick Ataupun Dengan Joran Tak Famous. Jadi Sekarang Tugasnya Lebih Kepada Teknik Membottom. Syok Bottom Pakai Reel Ni.. Setakat Batu Ladung Besar Batu Lesung Pun Relax Je Dia Tarik. Ni Kalu Aku Pakai Mesin Yang Kat Atas Tu Ha..Nak Tukar Umpan Pun Leh Jadi Penat..Haha! Jasanya Setakat Ni Xdelah Sebesar Badan Reel Ni..Paling Besar Pun Raasnya Ikan Ragok Ngan Ikan Ketuka Kot Dia Pernah Bawak Naik..Xpe2 Lain Kali Boleh Cuba Lagi..Hehe!

Shimano Sienna 4000FB



Okay Last Sekali Kita Cite Pasal Reel Sienna 4000FB Ni Pulak. Reel Ni Aku Beli Pada Tahun 2010 Kat Kedai Gemuk Ulu Tiram Dengan Harga RM 100. Reel Ni Aku Beli Pada Mulanya Nak Bagi Kat Bapak Mertua Aku, Tapi Bila Dah Sampai Masanya, Rasa Sayang Pulak Nak Bagi..Kehkeh! Reel Ni Selalu Aku Bagi Kat Bapak Mertua Aku Kalo Kitaorang Pi Turun Laut..Kalo Jahanam Xde La Ralat Sangat Kan. Walaupun Reel Ni Harganya Murah, Tapi Banyak Jasa Reel Ni. Rasanya Baru 2 Kali Reel Ni Turun Laut Kot..Tapi Pengalamannya Boleh Tahan Jugak Hebatnya..Kehkeh! Tapi Aku Jarang Pakai Reel Ni..Reel Ni Memang Dikhaskan Untuk My Father In Law :-p

Okay Sampai Disini Saja Cerita Pasal Reel Kesayangan Aku, Lain Kali Kalu Aku Beli Reel Baru Aku Akan Pertepekkan Dekat Sini. Manala Tau Kedudukan Carta Reel Aku Ni Boleh Berubah Kan..Hehe! Panjang Jugak Aku Mengarang Malam Ni, Malam-Malam Buta Ni Mencurah-Curah Pulak Idea Aku Nak Mengarang. Okay Kita Stop Di Sini Dulu Okay..Adios :-p

Ikatan Appolo (Paternoster)


Ada Beberapa Teknik Ikatan Apollo Yang Diguna Pakai Pemancing Dasar. Salah Satu Cara Yang Popular Ialah Ikatan 'Paternoster'. Teknik Ikatan Ini Seperti Menggunakan Dua Utas Tali Tangsi Iaitu Satu Perambut Dan Satu Perambut Anak, Sama Ada Sama Atau Berlainan Saiz Dipintal Bersama. Perambut Utama Mestilah Lebih Panjang Dari Perambut Anak. Langkah-Langhkahnya Seperti Berikut:-
  1. Sediakan Perambut Utama Dan Perambut Anak Seperti Gambar. Perambut Utama Mestilah Empat Hingga Lima Kali Lebih Panjang Dari Perambut Anak. Perambut Anak Pula Panjang Dalam Sekaki Lebih. Untuk Memancing Ikan Merah Dasar, Perambut Utama 100 Paun Dan Perambut Anak 60 Hingga 80 Paun.
  2. Buat Simpulan Gelung Serentak Untuk Kedua-Dua Perambut Seperti Gambar 2. Pastikan Lilitan Untuk Perambut Anak Lebih Kepada Sebelah Hujung Untuk Membenarkan Mata Kail Diikat Pada Proses Kemudian Nanti.
  3. Ulangi Proses Membuat Simpulan Gelung Sehingga 3 Lilitan Terbentuk. Lilitan Mestilah Sekata. 
  4. Kemudian Tarik Kedua-Dua Hujung Lilitan Ini Serentak Dan Sekata. Tarik Dengan Perlahan Supaya Ia Membentuk Lilitan Yang Kemas Dan Seragam. Ulangi Proses Yang Sama Untuk Mata Kail Kedua Pula.
Hasil Seperti Gambar. Kita Juga Boleh Membuat Apollo Umpam (6 Mata Kail) Dengan Teknik Yang Sama. Panjang Perambut Anak Ialah Sekaki Dan Jarak Antara Mata Kail 1.5 Kaki Bagi Mengelakkan Ia Berpintal Di Antara Satu Sama Lain. Cara Lumrah Yang Digunakan Memancing Ikan Kerapu Dan Ikan Merah Oleh Kaki Pancing Di Laut Dalam.

Sumber - Joran, Berita Harian

Sunday 7 August 2011

Get Ready - Fantasy Premier League


Haha...Inilah Aku Punya Team Fantasy Premier League Bagi Season Kali Ni. Bi Season Ketiga Aku Join Main Menatang Ni..Sumenya Abg Ipar Akulah Yang Ajar Main Menda Ni..First Time Dulu Aku Kalah Ngan Dia, Second Time Aku Dapat Kalahkan Dia, Harap Tahun Ni Dapat Kitai Dia Lagi...Kehkeh! Oklah Kan..First Time Dulu Main Dapat No Juta-Juta, Second Time Dapat No Ratus Ribu, Kalu Season Ni Dapat Puluh Ribu Pun Dah Kira Okaylah Kan..Ada Peningkatan. Kat Atas Ni Selected Player Bagi Team Aku, Pening Nak Pilih Sape..Duit Dah Lah Sikit...Xpe Yang Penting Ada Rooney, Nani, Van Der Vart Ngan Evra Pun Dah Okay Kot...Oklah...To Abg Zaki..Get Ready Okay :-p

Glory Glory Man United !!!

Thursday 4 August 2011

Famous Trevally Family :-P

Giant Trevally


  • Nama Umum - Giant Trevally
  • Nama Saintifik - Caranx Ignobilis
  • Nama Tempatan - Gerepoh, GT
Big Eye Trevally

  • Nama Umum - Big Eye Trevally
  • Nama Saintifik - Caranx Sexfasciatus
  • Nama Tempatan - Cupak
Golden Trevally

  • Nama Umum - Golden Trevally
  • Nama Saintifik - Gnathanodon Speciosus
  • Nama Tempatan - Gerong Belang
Bluefin Trevally

  • Nama Umum - Bluefin Trevally
  • Nama Saintifik - Caranx Melampygus
  • Nama Tempatan - GT Sirip Biru
Diamond Trevally

  • Nama Umum - Diamond Trevally
  • Nama Saintifik - Alectis Indicus
  • Nama Tempatan - Ebek
Orange Spotted Trevally

  • Nama Umum - Orange Spotted Trevally
  • Nama Saintifik - Carangoides Bajad
  • Nama Tempatan - Jemuduk Batik
Longfin Trevally

  • Nama Umum - Longfin Trevally
  • Nama Saintifik - Carangoides Armatus
  • Nama Tempatan - Sagai
Island Trevally

  • Nama Umum - Island Trevally
  • Nama Saintifik - Carangoides Orthogrammus
  • Nama Tempatan - Jemuduk

Wednesday 3 August 2011

Makhluk Yang Buat Kita Pening :-P


Jika Kita Kata Dia Cantik, Dikatakan Cuba Menggoda..
Jika Kita Kata Dia Tak Berapa Nak Cantik, Disangka Menghina..
Bila Kita Kata Dia Lemah Dia Protes..
Bila Kita Kata Dia Perkasa Dia Menangis..

Mahu Hak Sama Rata, Tapi Apabila Disuruh Berdiri Dalam Komuter Dia Masam
(Sambil Membebel Dalam Hati, Apa La Mamat Ni Tak Gentleman Langsung..Xde Perasaan)

Mahu Hak Sama Rata, Disuruh Angkat Beras, Macam Nak Nangis
(Sambil Membebel Dalam Hati, Apalah Punya Laki..Kita Yang Kena Angkat Beras)

Mahu Hak Sama Rata, Tapi Bila Suruh Kerja Berat, Macam Nak Pengsan
(Sambil Membebel Dalam Hati, Adaker Dia Suruh Aku Potong Rumput, Habislah Tangan I)

Bila Kesalahannya Diingatkan, Mukanya Merah..
Bila Dimarah Mukanya Merah..
Bila Disanjung Mukanya Merah..
Jika Marah Mukanya Merah..
Jika Ketawa Suka, Mukanya Merah..
Ek Eleh Semua Sama...Pening!!!

Ditanya Ya Atau Tidak, Jawabnya : Diam
Ditanya Tidak Atau Ya, Jawabnya: Diam
Ditanya Ya Atau Ya, Jawabnya: Diam
Ditanya Tidak Atau Tidak, Jawabnya: Diam
Bila Kita Diam, Dia Pula Yang Marah..Pening-Pening!!!

Apabila Kita Kata Banyak Mulut Tersinggung..
Tapi Kalau Kita Peramah Suka Pula..Padahal Sama Saja Maksudnya

Apabila Kita Kata Gemuk, Tak Suka, Padahal Maksud Kita Baguslah Sihat..
Apabila Kita Kata Kurus, Suka, Padahal Maksud Kita "Kenapa You Menderita Begini!!"

Itulah WANITA, Makin Kita Pening Makin Dia Suka..

Just For Fun K, Kalau Bukan Kerana WANITA Aku Tak Lahir Di Bumi Ini Dan Setiap Lelaki Ada Tanggungjawab Kepada WANITA Samaada Ibu, Isteri, Adik Perempuan Mahupun Anak..:-P

Etika Pemancing


  • Membawa Balik Ikan Yang Diperlukan Sahaja
  • Jangan Membuang Sampah Merata-Rata
  • Tingkatkan Ilmu Memancing Dan Pengendalian Bot
  • Mematuhi Peraturan Memancing Dan Pengendalian Bot
  • Hormatilah Hak Pemancing Lain
  • Hormatilah Peraturan Padang Pancing Persendirian
  • Sebarkan Pengetahuan
  • Menyokong Pemeliharaan Alam Sekitar Tempatan
  • Jangan Melepaskan Ikan Dan Tumbuhan Ke Perairan Awam
  • Membangunkan Sukan Memancing

Sumber - Majalah Pancing