Recent News

Friday 27 January 2012

Sebab Selalu Gagal Memancing :-p



  • Ia Bermula Dengan Sikap Bodoh Sombong (Tak Pandai, Berlagak Pandai).
  • Tidak Cuba Mendapat Info Keadaan Padang Pancing Daripada Penduduk Setempat Atau Mereka Yang Lebih Arif.
  • Umpan Yang Tidak Sesuai Dengan Keadaan Tempat Atau Padang Pancing.
  • Masa Yang Tidak Sesuai (Faktor Cuaca, Suhu Dan Keadaan Air Banyak Mempengaruhi Sikap Ikan).
  • Balingan Yang Tidak Tepat Atau Tersasar Dari Kawasan Ikan.
  • Rezeki Yang Tidak Memihak. Ini Yang Selalu Berlaku Atau Terjadi, Apa Pun Selamat Memancing.

Sumber - Kembara Kail

Sunday 22 January 2012

Tragedi Kapal Persiaran Mewah..

Titanic


   
     Seabad Berlalu, Kapal Ini Yang Karam Pada 1912 Kekal Sebagai Nahas Kapal Persiaran Mewah Yang Paling Tragis Dalam Sejarah Maritim Dunia. Kapal Yang Disifatkan Tidak Mungkin Karam Itu Berlanggar Dengan Bongkah Ais Ketika Dalam Pelayaran Sulung Dari England Ke New York. Akibat Kekurangan Bot Keselamatan Dan Rancangan Pemindahan Yang Kelam Kabut, Seramai 1517 Orang Terkorban Daripada 2200 Orang Yang Berada Di Dalam Kapal Mewah Itu.

Norwegian Dawn



     Kapal Persiaran Mewah Ini Dalam Perjalanan Dari New York Ke Bahamas Pada 16 April 2005 Apabila Dilanda Ombak Besar Setinggi 21.3 Meter Yang Amat Mengerikan. Kabin-Kabin Kapal Ditenggelami Air Malah Sehingga Ke Kedudukan Tertinggi Di Tingkat 10. Mujur Tiada Kematian Atau Kecederaan Teruk Yang Dilaporkan.

Sea Diamond



     Pada April 2007, Kapal Persiaran Mewah Sea Diamond Yang Membawa 1600 Penumpang Melanggar terumbu Karang Di Pulau Santorini, Greece. Walaupun Hanya Dua Penumpang Tidak Ditemui, Ia Tetap Dianggap Satu Tragedi. Kerajaan Greece Masih Tidak Mengalihkan Kapal Yang Kini Berada Di Dasar Laut Kerana Kos Pengalihannya Terlalu Tinggi Iaitu Lebih 150 Juta Euro (RM 601 Juta).

Oceonos



     Kapal Milik Greece Ini Karam Berdekatan Dengan Susur Pantai Selatan Afrika Pada 1991 Selepas Dilanda Ribut Yang Menyebabkan Kapal Itu Terumbang Ambing, Dimasuki Air Lalu Menenggelamkannya. Tiada Yang Terkorban Dan Kesemua 571 Penumpang Berjaya Diselamatkan.

Costa Concordia



     Kapal Persiaran Mewah Itali Yang Dibina Dengan Kos AS$450 Juta Pada 2006 Ini Kini Hampir Tenggelam Selepas Melanggar Batu Dan Terbalik Berdekatan Pulau Giglio Pada 13 Januari Lalu. Sekurang-Kurangnya 11 Orang Disahkan Terbunuh Daripada 4229 Penumpang. Pemiliknya Costa Crociere Menyalahkan Kapten Francesco Schettino Kerana Mengubah Haluan Sehingga Menyebabkan Kapal Sepanjang 290 Meter Ini Terlalu Hampir Dengan Daratan. Penumpang Serta Pendakwa Raya Menyalahkan Kapten Francesco Chettino Serta Pegawainya Ciro Ambrosio Kerana Kecuaian Mereka.

Star Princess



     Gara-Gara Puntung Rokok Yang Ditinggalkan Di Beranda, Kapal Mewah Ini Dijilat Api Sehingga Memusnahkannya Dengan Cepat Pada 2006. Tindakan Cekap Kapten Kapal Star Princess Melakukan Rancangan Pemindahan Mengikut Prosedur Berjaya Menyelamatkan Penumpang Dan Anak Kapal Daripada Terperangkap Dalam Kebakaran. Seorang Warga Emas Namun Dilaporkan Meninggal Dunia Kerana Sesak Nafas Terhidu Asap.

Royal Pacific Cruise



     Kapal Milik Greece Ini Berlanggar Dengan Sebuah Kapal Pukat Tunda Terfu 51 Pada 1992 Kerana Darjah Penghilatan Yang Kurang Jelas. Anak-Anak Kapal Dilaporkan Tidak Berusaha Menyelamatkan Penumpang Mengakibatkan Seramai 30 Orang Terbunuh Manakala 70 Orang Lagi Tercedera Daripada 530 Orang Penumpang.

Louuis Majesty



     Kapal Pelayaran Mediterranean Itu Dilanda Beberapa Siri Ombak Yang Ganas Pada Tahun 2010. Ombak Setinggi 7.9 Meter Itu Menghempas Kapal Tersebut Dan Dua Orang Penumpang Dilaporkan Terbunuh Serta Beberapa Orang Turut Tercedera.

Bulgaria



     Seramai 129 Orang Disahkan Terkorban Manakala 79 Orang Lagi Terselamat Apabila Kapal Persiaran Bulgaria Ini Karan Dalam Kejadiaan Ribut Kuat Du Sungai Volga, Rusia 10 Julai Tahun Lalu. Kapal Yang Dikatakan Melebihi Muatan Ini Ditenggelami Air Dalam Masa Hanya Beberapa Minit Mengakibatkan Banyak Nyawa Melayang Termasuk 50 Org Kanak-Kanak.

SS Morro Castle



     Kebakaran Kapal Persiaran Mewah Ini Sekitar 1930-an Tercatat Antara Tragedi Paling Mengerikan Dalam Sejarah Maritim. SS Morro Castle Dalam Perjalanan Ke New York Ketika Ia Terbakar Dan Api Merebak Cepat Pada Badan Kapal Ini Yang Dilapisi Kayu. Alat Pemadam Api Pula Tidak Mencukupi Untuk Menyelamatkan Keadaan. Akibatnya 137 Orang Terbunuh Termasuk Mereka Yang Memilih Untuk Terjun Dari Kapal Tanpa Menggunakan Jaket Keselamatan.

Sumber - Mingguan Malaysia