Mandarin Fish
Mandarin Fish Atau Mandarin Dragonet Merupakan Ikan Yang Kecil, Berwarna-Warni Dan Berasal Dari Keluarga Dragonet Yang Amat Popular Dalam Industri Ikan Hiasan Air Masin. Mandarin Fish Berasal Dari Perairan Pasifik Antara Selatan Kepulauan Ryukyu, Jepun Hingga Ke Australia.
Emperor Angel Fish
Emperor Angelfish Atau Angelfish Maharaja Ini Merupakan 'Maharaja' Dalam Genus Pomacanthus Dan Merupakan Spesies Ikan Hiasan Marin. Ikan Ini Selalunya Tertumpu Pada Kawasan Terumbu Karang Dan Berasal Dari Lautan Hindi Dan Pasifik, Dari Laut Merah Ke Hawaii Dan Kepulauan Australia.
Clown Trigger Fish
Ikan Trigger Fish Atau Nama Saintifiknya 'Balistoides Conspicillum' Merupakan Ikan Yang Berasal Daripada 'Order Tetraodontiformes'. Ikan Ini Tertumpu Di Kawasan Terumbu Karang Dan Biasanya Ditemui Di Perairan Tropika Indo-Pasifik.
Lion Fish
Lion Fish Merupakan Satu Daripada Spesies Marin Yang Berbisa Dalam Genus Pterois, Parapterois, Brachypterois, Ebosia Atau Dendrochirus Dan Berasal Dari Famili Scorpaenidae. Ikan Ini Juga Dikenali Sebagai Turkey Fish, Scorpion Atau Fire Fish. Mereka Amat Dikenali Dengan Durinya Yang Sangat Pamjang Dan Terpisah-Pisah, Dan Mempunyai Penampilan Yang Berjalur Merah, Hijau, Hijau Laut, Coklat, Oren, Kuning, Hitam, Jingga Atau Putih.
Coral Beauty
Coral Beauty Ianlah Antara Ikan Yang Kecil. Ikan Ini Merupakan Jenis Ikan Yang Perlu Dilihat Dengan Mata Sendiri Bagi Menghargai Keindahan Warnanya. Ikan Ini Biasanya Dipelihara Di Dalam Akuarium Marin Dan Sebenarnya Ianya Sangat Tahan Lasak.
Symphysodon
Symphysodon Atau Discus Merupakan Genus 3 Spesies Ikan Air Tawar Cichlid Yang Berasal Dari Lembangan Sungai Amazon. Discus Sangat Popular Sebagai Ikan Hiasan Dalam Akuarium Dan Industri Bagi Ikan Ini Merupakan Salah Satu Industri Utama Di Beberapa Negara Di Asia.
Moorish Idol
Ikan Moorish Atau Zanclus Cornutus Merupakan Ikan Spesies Marin Yang Kecil Dan Satu-Satunya Dari Keluarga Zanclidae Dalam Order Perciformes. Merupakan Penghuni Tropika Dan Tertumpu Keada Kawasan Terumbu Karang Dan Lagun Subtropika, Ikan Ini Dikenali Kerana Populasi Meluas Di Seluruh Indo-Pasifik. Sesetngah Butterflyfish Hampir Menyerupai Ikan Moorish Ini.
Flame Angel
Merupakan Saudara Terdekat Coral Beauty, Flame Angel Mempunyai Warna Yang Sangat Terang Berbanding Ikan Lain. Ikan Ini Juga Sebenarnya Mudah Didapati Dan Mampu Dimiliki Oleh Penggemar Ikan Hiasan.
Rainbow Parrot Fish
Ikan Ini Dinamakan Parrot Fish Kerana Mulutnya Seakan Paruh Burung. Ikan Ini Menggunakan Paruhnya Untuk Menghancurkan Invertebrata Kecil Sebagai Makanan Di Kawasan Terumbu Karang. Kebanyakan Pasir Dan Terumbu Karang Di Lantai Dasar Laut Sebenarnya Hasil Makanan Ikan Parrot, Ianya Mengunyah Terumbu Karang, Memakan Invertebrata Kecil Dan Meludah Kembali Kalsium Yang Berlebihan. Kebanyakan Spesies Pada Awalnya Berwarna Merah, Coklat, Atau Kelabu Tetapi Pada Fasa Terminal Ianya Berubah Kepada Hijau Terang Atau Biru Dengan Tompok-Tompok Merah Jambu Atau Kuning Terang.
Clown Fish
Clown Fish Atau Anemonefish Merupakan Ikan Yang Berasal Dari Subfamili Amphiprioninae Dalam Famili Pomacentridae. Lenih Kurang 29 Spesies Telah Dikenalpasti, Satu Dalam Genus Premnas Dan Selebihnya Dalam Genus Amphiprion. Dalam Persekitarannya Mereka Membentuk Simbiosis Dengan Anemones. Bergantung Kepada Spesies, Clown Fish Kebanyakannya Berwarna Kuning, Oren, Kemerah-Merahan Atau Kehitam-Hitaman Dan Garis-Garis Putih. Saiz Terbesar Mencapai 18 Cm (7.1 Inci) Manakala Yang Terkecil Kurang Daripada 10 Cm.
Sumber - Majalah Umpan