Recent News

Monday, 4 June 2012

Tip Menjaga Umpan Hidup



Perhatikan Pergerakan Gelembung Udara

Tips Yang Penting Adalah Dengan Melihat Pergerakan Gelembung Udara Dan Pergerakan Air. Pam Udara Yang Terlalu Kuat Di Tambah Dengan Keluasan Kawasan Yang Kecil Tidak Membantu Umpan Anda. Ini Kerana Arus Yang Kuat Dari Pam Udara Anda Memaksa Umpan Untuk Melawan Arus Dan Memerlukan Tenaga Yang Banyak.
     Anda Patut Biarkan Pam Udara Anda Mengepam Udara Dengan Lebih Lembut Dan Umpan Anda Mampu Bergerak Secara Kawanan. Ini Membantu Umpan Seperti Ikan Menghasilkan Pergerakan Arus Lembut Merentasi Insang Mereka Bagi Mengekalkan Oksigen.


Perhatikan Saiz Gelembung Udara

Perhatikan Saat Gelembung Udara Anda Bergerak Ke Permukaan Air. Lihat Berapa Lama Ia Mengambil Masa Untuk Sampai Ke Permukaan Air. Dengan Memerhatikan Gelembung Udara Ini, Anda Mampu Mengubah Keadaan Umpan Anda Untuk 24 Jam Yang Akan Datang.
     Satu Teori Untuk Pam Udara Anda Berkaitan Gelembung Udara Ialah, Semakan Kecil Gelembung Udara, Semakin Lambat Ia Sampai Ke Permukaan Air. Ini Akan Memberikan Lebih Masa Bagi Gelembung Air Itu Untuk Larut Di Dalam Air Bagi Melarutkan Oksigen


Saiz Bekas Simpanan Anda

Saiz Bekas Simpanan Umpan Hidup Anda Harus Bersesuaian Dengan Kepadatan Dan Kuantitinya. Semakin Tinggi Kepadatannya, Maka Ianya Memerlukan Keluasan Yang Lebih Besar Bagi Mengelakkan Umpan Anda Stress. Stress Boleh Menyebabkan Umpan Anda Mati Dalam Jangka Waktu Yang Singkat.

Sumber - Majalah Umpan