Recent News

Showing posts with label Fishing Trip. Show all posts
Showing posts with label Fishing Trip. Show all posts

Thursday, 17 May 2012

Penyabong 2012 (Opening)..


     Pada Kali Ni Kawan Nak Share Sikit Pasal Trip Ke Penyabong  Yang Berlaku Pada 12.5.2012 Yg Lepas. Trip Kali Ni Kira Yang Pertama Ke Penyabong Bagi Tahun 2012. Trip Kali Ni Masih Lagi Seperti Biasa Dengan Menggunakan Tekong Yang Sama Seperti Sebelum Ni Iaitu Tekong Abg Ajis Ngan Abg Mat. Sasaran Cam Bese La Kan..GT..Tapi Tak Tau Lak Pulak GT Tu Nak Jadi Kan Diri Dia Sasaran Ke X, Semuanya Bergantung Pada Rezeki Dan Kerajinan Kita Berusha Kan. Ada Masa Kita Baling Dapat, Baling Dapat..Adakala Sampai Naik Rentung Tak Muncul2 GT Ni Kan..Time Ni La Baru Kita Rasa Betapa Pentingnya Todak Tu Kan..Cer Kalu GT Tengah Banyak, Todak Sambar Gewang Pun Wat Kendurkan Tali Je N Biarkan Ia Terlepas...Eksen Tul...Huhu. Klah..Daripada Duk Merapu Je Ni Kan, Baik Kita Biarkan Gambar2 Kat Bawah Ni Menceritakan Segalanya..Trip Ni Berlansung Selama 2 Hari, Tapi Dapat Join Sehari Je..Pasal Lesen Yang Dikeluarkan Utk Sehari je..Apela Nasib...Hehe! Okay Jom Layan..

Antara Ahli2 Komplot Yang Terlibat..Yang Baju Biru Tu Yang Organize Trip Kali Ni..Kedua2nya Warga Lubuk.Net
Ni Pun Ahli Komplot Yang Terlibat..Yang Kemeja Kuning Tu Geng Lubuk Jugak..Yang Lagi 5 Orang Tu Bole La Dikatakan Orang Baru Kat Penyabong Ni.
Sesi Memunggah Barang Ke Dalam Bot..Bot Yang Kawan Naik Bukan Nya Yang Warna Kuning Tu..Tapi Di Belakang Bot Kuning Tu..Kalu Tengok Dari Barang2 Yang Di Bawa Macam Nak Pi Trip 2 Hari 1 Malam Kat Tengah Laut..Hehe! Lain Kali Barang Kena Limitkan Barula Selesa Nak Casting Kan..Hehe
Yang Pakai Baju Kundang Ni Tentulah Kawan Kan..Kali Ni X Pakai Uniform Rasmi (Baju Lubuk) Pasal Baju2 Lubuk Yang Ada Semuanya Dah Makin Mengecut..Kalu Pakai Dah Macam Sarung Nangka Da..Pasni Kena Oder Yang Size Besar Sikit..So Kalu Dia Mengecut Pun, Still Leh Pakai Lagi...Hehe
Ni Spot Pertama Yang Di Singgah..Kalu Tak Silap Nama Pulau Ni Pulau Pertang Kot..Kalu X Silap Lah Kan...Spot Ni Kira Kawan Champion La Kan..Hehe! Champion Dari Segi Kuantiti La Kan, Bukan Dari Segi Kualiti..Tapi Apa Nak Di Kesahkan..Janji Gewang Tu Dapat Memperdaya Ikan Pun Dah Cukup Bagus..Hehe! Pulau Ni Rasanya Tempat Maritim Nak Skodeng Kot...Hehe
Ni La Ikan Yang Berjaya Menjadikan Kawan Champion Dari Segi Kuantiti Utk Trip Kali Ni...Hehe! Dan Pasal Dia Ni Jugak La Yang Membuatkan Gewang Sama Je Yang Di Guna Sampai Lupa Yang Misi Sebenar Adalah Untuk Memburu GT..Apada..Hehe
Punyala Berantu Gewang Zerek Ni Sampai Dua Ekor Sekali Naik..Hehe! Masa Duk Tarik Ingat Kan Kerapu Besar, Sekali Dua Ekor Rupanya..Patutla Berat Semacam
Giliran Azhar (Baby) Pulak Naikkan Kerapu Selipar Ni...Banyak Tul Kerapu Jenis Ni Kat Area Pulau Pertang Ni..Gewang Apa Yang Dia Pakai Tu Pun Tak Berapa Nak Perasan...Tapi Rasanya Jenis Deep Gak Tu.
Masih Dengan Gewang Yang Sama Berjaya Memperdaya Seekor Baby Kerapu..Hehe! Sebenarnya Banyak Lagi Kerapu Selipar Yang Dapat Cuma Malas Dah Nak Snap Pasal Size Ikannya Lebih Kurang Sama, Guna Gewang Yang Sama...Kang Kalu Tepek Kang Ada Yang Kata Duk Tepek Gamba Ikan Yang Sama...Hehe 
Ni Pulak Baby Tengah Berusha Keras..Bak Kata Tekong Abg Mat...Gaya Memang Hebat Dah Macam Pro..Tapi Ikan Tak Berapa Nak Berkenan Ngan Dia...Hehe! Jangan Marah Ha..Gurau Je..Tapi Ari Kedua Dia La Championnya...Champion Dari Segi Kualiti
Giliran Ajis Pulak Dengan Kerapu Seliparnya Yang Berjaya Diperoleh Selepas Menukar Gewang Kepada Fat Rap Berwarna Biru..Rasanya Waktu Ni Dengan Cahaya Matahari Yang Terang..Gewang Jenis Deep & Berkilau Menjadi Pilihan Kerapu Ni
Pulau2 Kali Ni Lebih Menarik Suasananya Dari Pulau Pada Trip2 Yang Lepas..Rasan Macam Nak Terjun Je Dengan Keadaan Air Yang Begitu Jernih..Ada Beberapa Pulau Ni Menjadi Tempat Utk Sang Penyu Bertelur..Sempat Gak Lah Kan Kita Orang Pi Ngendap Sarang2 Penyu Ni..Malangnya Semua Telur2 Nya Telah Diambil Orang..Sian Penyu Tu
Time Ni Rasanya Tekong Ngah Berenti Jap Kat Satu Pulau Sebab Nak Pi Ngendap Penyu...Sempat Pulak Dia Orang Berdua Ni Wat Landbase Casting..Dapatlah Juga Memperdaya Sekor Sotong Mengabang Dan Sekor Baby Kerapu
Ajis Ngan Sotong Mengabangnye...Sekali Baling Je Terus Dapat..Gambar Kat Bawah Tu Lak Sesi Enteprem Oleh Ahli Komplot Yang Lupa Nak Tanya Nama Dia Sape..Apada..Naik Satu Bot Mancing Sama2 Tapi Lupak Pulak Nak Tanya Nama..Apada
Ni Lah Close Up Rupa Gewang Killer Untuk Arini (Zerek Ruby Crank). Tapi Sayangnya Selepas Berjaya Menaikkan Berbelas Ekor Kerapu, Ruby Crank Ni Memilih Untuk Terus Menetap Di Perairan Penyabong Ni. Tapi Xpe..Dah Pi Beli Yang Baru Kat Master Fishing Batu Pahat...Hehe!
Ni La Rupanya Sungai Yang Terdapat Di Dalam Pulau Sri Buat Ni..Kat Tengah2 Laut Ni Leh Pulak Ada Sungai Yang Cantik Camni..Tempat Memang Mengancam...Tapi Ikannya Di Pengaruhi Oleh Keadaan Air..Ada Masa Memang Meletup Tempat Ni, Ada Masa Pulak Ntah Ke Mana Ikanya Menghilang..Suasana Memang First Class..Sampaikan Masa Kita Orang Tengah Ronda2 Sempat Gak Tgk Ada Beberapa Crew Sedang Menyiapkkan Pintu Gerbang Menggunakan Nibong Untuk Rancangan Survivor Yang Akan Beraksi Kat Pulau Ni Nanti
Hanya Dua Ekor Ikan Ni Sahaja Yang Berjaya Diperolehi Di Kawasan Ni. Seekor Kerapu Bakau Yang Walaupun Kecik Tapi Tarafnya Atas Sikit Dari Kerapu Selipar Tadi. Gewang Yang Di Gunakan Untuk Memperdaya Kerapu Bakau Ni Rasanya Macam Rapala Tail Dancer Je Kan. Lagi Sekor Pulak Baby Baracuda Yang Berjaya Diperolehi Oleh Ajis Dengan Menggunakan Gewang Yo Zuri Crystal Minnow Jenis Selaman Dalam.
Ni La Yang Di Namakan Casting Beruk...Kehkeh...Jangan Marah Ha...Hehe 
Berehat Jap...Rasanya Dalam Kul 11 Lebih Kitaorang Dah Berenti Rehat Makan..Sedangkan Baru Kul 8 Tadi Dah Makan...Hehe! Rasanya Pasal Ikan Dah X Makan Tu Yang Orang Pulak Yang Makan...Hehe! Kalu Diperhatikan Waktu Ni Air Kat Sungai Tengah Surut Sangat Dan Dalam Proses Nak Naik Pasang..Dengan Harapan Dalam Masa Nak Pasang Nanti Tentu Lebih Banyak Ikan Yang Sudi Membaham Gewang.
Tapi Malangnya Air Pasang Terlalu Tinggi Dan Keadaan Air Yang Terlalu Tenang Dan Jernih Menyebabkan Ikan Kurang Aktif Untuk Membaham Gewang
Antara Gewang Yang Digunakan Pada Trip Kali Ni..Bawak Punyalah Banyak Pakainya X Sampai Sepuluh Pun...Heh
Seekor Todak Ni Sajelah Yang Berjaya Di Daratkan Untuk Trip Kali Ni (Bot Abg Mat). Haha..Tulah Time GT Banyak Korang Eksen Ngan Todak Ni...Time GT Xde Barulah Datangnyer Rindu Kat Todak Ni...Tapi Malangnyer Time Rindu Ni Lah Todaknya Tak Muncul2...Kehkeh
Selepas Hujan Lalu Jap..Air Jadi Berarus Sedikit..Barulah Suasana Menjadi Rancak Kembali...Tapi Masih Lagi Dengan Tangkapan Kerapu Selipar..Hehe! Tapi Kali Ni Berjaya Dinaikkan Dengan Menggunakan Gewang Yang Pertama Kali Mencecah Air..Gewang Zerek Jenis Wonder Minnow Selaman Dalam...Best Gak Gewang2 Zerek Ni..Harga Pun Kira Masih Murah Lagi La Kan...Berbanding Dengan Rapala Xrap Glass Ghost Yang Harganya Sudah Mencecah RM 40 - 50 Sekor Skang Ni.
Akhirnya Sasaran Yang Di Nanti2 Tiba..Kemunculan GT. Tapi Bukan Kawan Yang Dapat, Tapi Dak Baru Yang Lupa Nak Tanya Nama Dia Ni Yang Dapat..Hehe. Kawan Tolong Enteprem Je...Hehe! Gewang Yang Digunakan Rasanya Gewang Yang Tak Berapa Ternama Kot...Kehkeh! Tp Apa Adahal GT Tu Bukan Nya Tau Harga Gewang Tu Seketul Berapa Kan...Kalu Dia Jumpa Dia Balun Aje..Hehe

Bila Sorang Dah Dapat GT Tu Yang Lain Masing2 Keluarkan Gewang Killer Kat Area Penyabong Ni (Rapala Xrap Glass Ghost) Dengan Harapan Ada Kawanan GT Yang Lain Sudi Membaham Gewang. Tapi Apada...Kerapu Selipar Jugak Yang Muncul...Hehe! Tak Malu Tul La Kerapu Selipar Ni..Apapun Syok Daripada Xde Yang Membaham Lansung Kan...Hehe!
Glass Ghost Dipertaruhkan Dengan Harapan GT Yang Sudi Menjamahnya...Sekali Ikan Kecik Ni Pulak Yang Terexcident Ngan Gewang Ni Hehe..Ni Kira Tangkapan Paling Kecil Yang Pernah Kawan Dapat Dengan Menggunakan Gewang
Ni Lah Hasil Yang Diperolehi Untuk Trip Kali Ni..Gambar Yang Atas Hasil Dari Boat Abg Ajis...Kuantiti Sedikit Tapi Kualiti Yang Baik. Yang Bawah Lak Gambar Hasil Dari Kawannye Team...Kuantiti Dasyat Tapi Kualitinya Kurang..Apapun Syukur Dengan Rezeki Yang Allah Bagi..Amin
     Oklah...Kawan Pun Dah Tak Tau Dah Apa Nak Dikarang Lagi..Sampai Sini Sajelah Laporan Trip Pada Kali Ini. Minta Maaf Seandainya Report Kawan Ni Xberapa Nak Best...Maklumlah UPSR Dulu Pun Result Penulisan Tak Berapa Nak Best...Hehe...Okay..Adios Amigos.

Sunday, 25 March 2012

Kaci..Kaci...Dan Masih Lagi Kaci... ;-p


Lokasi Kejadian - Sekitar Pulau Ular, Kuantan
Spesis Target - Xde...Belasah Aje..
Umpan - Udang Ngan Sotong Tunas Manja...Udang Hidup Tak Beli Pasal Dah Habis

     Alkisah...Trip Ni Berlaku Pada 10.3.2012 Yang Lepas..Kira 2 Minggu Daripada Tarikh Wat Report Ni. Trip Kali Ni Bolelah Dikatakan Berjaya Secara Keseluruhannya Tapi Pada Individualnya Ada Juga Yang Tak Berapa Nak Berjaya. Teruk Dibuli Oleh Sang Kaci Aka Mandi Abu Ni. Bayangkan 6 Kali Strike Tapi Semuanya Lucut..Mata Kail Tercabutla, Ikan Baru Kemam Sikit La, Tersembat Lebihla..Ai Macam2 Lagi La. Kira Kalu Tak Tau Teknik Susah Gak Nak Naikkan Kaci Yang Agak Berapa Cerdik Ni. Cara Dia Makan Umpan Sama Seperti Ikan Kecil Duk Matuk Umpan. Kalo Dibiarkan Abis Camtu Jelah Umpan Kita. Tapi Takpe Mungkin Kali Ni Rezeki Tak Berapa Nak Memihak Kan..Xpe Lain Kali Cuba Lagi. Dahlah Tak Tau Nak Tulis Apalagi Memalam Buta Ni. So Layan Ajelah Picture Yang Ada Kat Bawah Ni.

Yang Pakai Baju Askar Ni Kira Tekong Peberet La Kalu Nak Mancing Kat Area Sini.. 

Ahli Trip Yang Paling Rajin Sekali...Pasai Apa..Pasai Laut Duk Gelombang Sana Sini Dia Masih Maintain Duk Men Appolo...Leh Katakan Kebanyakkan Ikan Selar Dan Kerisi Dalam Coldman Tu Banyak Hasil Dari Dia. 

Ni Pulak Bro Osman...Ngah Fight Ngan Kaci..Pas Diaorang, Diaorang Lagi...X Sempat Nak Labuh Umpan Dah Kena Ambik Gambar Lagi...Huhu...Xpe Rezeki Dia Kan. 

Hasilnya...Kaci Terbesar Dalam Trip Kali Ni...Berat Selepas Ditimbang Dalam 2.2KG 

Tgk Pada Gaya Dan Rupa Mamat Ni Tau Sangat Dia Duk Bergaya Ngan Ikan Pinjam...Huhu..Pinjam Pun Pinjam La...Janji Best ;-p 

Pergh...Bukan Main Lagi My Father In Law Ni...Baik Tul Tekong Ni Dia Nya Joran Yang Mengena, Tapi Dengan Murah Hati Bagi Orang Lain Peluang Fight Ngan Ikan. Bak Kata Bro Osman...'Kalu Mu Bagi Aku RM50 Pun Belum Tentu Aku Nak Pas Joran Ni Kat Mu.'..Kehkeh. 

Akhirnya...Terkulai Layu Di Laut Madu.. 

Ikan Kaci Kedua Terbesar Dalam Trip Kali Ni...Berat Dalam 2 KG 

Bro Ni Lagi...Huh! Kebanyakan Ikan2 Kaci Ni Dapat Kat Sekitar Pulau Je...Takyah Pi Jauh2.. 
     
     Alhamdulillah...Walaupun Kalu Dikira Dari Segi Kuantiti Trip Yang Pertama Dulu Lebih Banyak...Tapi Kalu Dikira Dari Segi Kuantiti Ikan-Ikan Besar Trip Kali Ni Lebih Mantop...Agaknya Air Laut Masih Keroh Lagi Kot Tu Yang Ikan Tak Berapa Nak Nampak Umpan Appolo Tu...Huhu! Dalam Coldman Ni Hasil Yang Kawan Berjaya Perolehi...Tu Ha Yang Kat Bawah Sekali Tu Yang Duk Ken Hempap...Ikan Selar Sekor, Kerisi Sekor Ngan Anak Baracuda Cinonet Sekor...Huhu...Apa2pun Tetap Enjoy...Huhu!

     Okies..Sampai Sini Je Lah Yang Berdaya Untuk Ditaoop K...Nantikan  Report Yang Lain Pulak Dalam Masa Sebulan, Atau Dua Bulan Atau Berbulan2 Lagi K...Hehe!

Adios Amigos...;-p

Monday, 26 September 2011

Penyabong Lagi...:-p

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Pada Pembaca Entry Ni Sekalian. Harini Laporan Trip Yang Telah Berlansung Pada Hari Ahad Yang Lepas Iaitu Pada 18.9.2011 Akan Dibentangkan. Trip Kali Dah Dirancang Sebulan Yang Lepas, Ingatkan Tak Jadi, Sekali Last Minute Member Kata "Faiz Ko Jangan Buat-buat Lupa Pulak Trip Kita Hari Ahad Ni''...Sekali Jadi La..Ingatkan X Jadi Sebab Senyap Je Kan. Jadi Untuk Tidak Menghampakan Member-Member Yang Lain Persetujuan Pun Dimeterai...Hehe! Walaupun Ekonomi Tengah Gawat Ni Kan Sebab Terlebih Bajet Masa Raya Aritu, Aku Tetap Gagahi Juga Bagi Tak Menghampakan Member-Member Yang Lain (Nasib Baik Ada Claim Masuk)..Lega Sikit. Oklah..Malas Nak Bercerita Panjang Lebar, Jadi Biarlah Gambar-Gambar Kat Bawah Ni Menceritakan Segalanya Okay....Jom Kita Layannnnnn..:D

Punggah Barang Dan Orang Ke Dalam Bot, Coleman Sekali 3 Tu...Dassyyyaattt..Hehe
Alip Selaku Organizer Trip Kali Ni..
Tekong Abg Mat & Abg Ajis..Terbaiklah Diaorang Ni..Mesra Alam..Kehkeh
Ni Lah Abg Ajis..Mana2 Yang Dah Pegi Penyabong Mesti Kenal Dia Punyer..Tekong Ni Macam-macam Dia Buat, Anta Org Pi Pulau Bole, Pi Bottom Bole, Casting Lagilah Bole..
Ni Group Bomoh Yang Pakai Jaket Tu Namanya Erol, Kuning Pulak Bomoh @ Fauzi, & Yang Baju Kelabu Pulak Din
Ni Pulak Mestilah Korang Kenalkan...Hehe..Masih Setia Dengan Baju Lubuk.net..Satu Team Ngan Bomoh Jugak.
Ni Pulak Group Alip..Dari Depan Boat Baby @ Azhar, Pastu Alip, Pastu Joe & Lastly Tekong Abg Mat
Member Lain Masing-masing Guna Mesin Mahal-mahal, Aku Masih Setia Dengan Aernos RM130 Ni...Kesayangan Ni..Banyak Jasa Ni, Baik Air Tawar Atau Air Masin Semua Dia Bedal..Kehkeh
Keadaan Air Pada Sebelah Pagi Agak Baik, Walaupun Panas Teriknya Melampau Sikit Di Tambah Pulak Ngan Kurangnnya Angin...Rentunggg
Antara Sebahagian Spot-spot Casting Dalam Trip Kali Ni (Lebih Kurang Sama Dengan Spot-spot Yang Lepas)
Macam Beselah Kan Mesti Jadi Orang Pertama Yang Dapat Hasil..Hehe! Kerapu Selipar Jepun Dengan Xrap Deep Hot Pink..Layannn
Pas Kerapu Dapat Pulak Strike Gt...Sampai Senak Perut Kawan Layan Gt Ni..(GT Terbesar Dalam Trip Kali Ni)
GT Tadi With Xrap Deep Hot Pink (Ni Lah GT Yang Pertama Dan Yang Terakhir Untuk Trip Kali Ni) :-(
Pastu Giliran Din Pulak Dapat Lesen Pertama GT..(GT Kedua Besar Dalam Trip Kali Ni)
GT Din With Xrap Glass Ghost
Giliran Bomoh Pulak Dapat Strike Pertama..Hasilnya GT With Unknown Spoon...Kehkeh
Pastu Dia Lagi..Bila Nak Terakhir Da..Gt With Unknown Lure...Kehkeh..Nnt Kompomkan Ngan Dia Gewang Apakah Ini..
Dia Lagi..Apalah Ilmu Yang Bomoh Ni Guna..(Murah Rezeki Bomoh Ni)..GT With Altipu Spoon..Kehkeh
Erol Yang Menunggu Strike Pertama Dari Pagi Akhirnya Berjaya Juga Mendapat Strike Dari Encik Todak Menjelang Tengah Hari Dengan Menggunakan Yozuri Crystal Minnow
Tamat First Half...Lepak Kat Pulau Layak Kot...Rehatkan Badan & Berlindung Sekejap Daripada Sinaran Matahari Yang Terik Di Tambah Pulak Dengan Ketiadaan Angin..Renttuunngg...Tapi Baik Panas Terik Daripada Hujan Sambil Diselangi Dengan Kilat Dan Guruh..Serraamm
Selepas Waktu Rehat Tamat Dalam Pukul Dua Rasanya, Angin Dah Mula Kuat, Laut Pulak Dah Mula Beralun..Tapi Yang Bagusnyya Cuaca Redup Sikit Daripada Pagi Tadi
Fat Rap Ni Baru First Time Jejak Kat Air Dah Berjaya Memperdayakan Kerapu...Cayalah
Ikan Kunyit...X Padan Ngan Size Badan, Kecik-Kecik Pun Ada Hati Nak Bedal Gewang Yang Lebih Besar Dari Size Dia Tu...Kehkeh
Din Ngan Todak Gadangnya With Xrap Glass Ghost..Ni Lah First Time Tengok Todak Yang Sihat Dan Gemuk Ni..Seram Tul..
Bomoh Lagi..Memang Respekla Ngan Bomoh Ni..Walaupun Org Lain Hampir Kumpau Dia Masih Maintain..Mungkin Sebab Kerajinan Ngan Ketekunan Dia Casting Kan..Rajin Casting Pasti Membuahkan Hasil
Masa-masa Kecederaan, Kat Area Terumbu Karang Berhampiran Dengan Jeti Penyabung..Time Ni Kawan Dah Stop Dah Sebab Frust Glass Ghost Deep Kawan Kena Bawak Lari Ngan Todak Time Kawan Tengah Betulkan Tali Yang Bersimpul..Kehkeh

Jadi Kesluruhannya Trip Kali Ni Bole Dikategorikan Berjaya Jugaklah Kan, GT Dapat Dalam 9 Ekor, Parang 1 Ekor, Todak 2 Ekor, Kerapu 5 Ekor Kot..Cuma GT Kali Ni Lebih Kecil Berbanding Trip Yang Sebelum Ni..Oklah Sampai Di Sini Dulu K..Lain Kali Kalu Ada Trip Lagi Akan Segera Dipertepekkan Dekat Sini Wokeyy..

Sekian..