Recent News

Saturday, 9 July 2011

Panduan Membeli Joran


Membelilah Mengikut Kemampuan. Murah Atau Mahal Tidak Menjadi Masaalah Asalkan Memberi 'Perkhidmatan' Terbaik Untuk Memancing. Namun Kebiasaan Yang Mahal Mempunyai Kualiti Yang Agak Sempurna. Jika Memilih Joran Fikirkan Adakah Ia Sesuai Dengan Gaya Pancingan Anda Samada Untuk Kegunaan Ke Laut, Sungai, Tasik Atau Sebagainya.

Material Samaada Gentian Kaca, Grafit Atau Gabungan Karbon Seperti Boron Atau Grafit Kevlar. Bahan-Bahan Ini Sebenarnya Termasuk Dalam Gaya Pancingan Anda. Jika Kita Memengang Dalam Waktu Yang Lama Atau Melakukan 'Casting', Perlulah Anda Memilih Joran Aksi Ringan Supaya Tidak Cepat Lenguh Tangan. Sesungguhnya Joran Jenis Karbon Dan Grafit Lebih Ringan Dan Lebih Mahal Dari Gentian Kaca.

Joran Untuk Kekili Mendatar Mempunyai Bilangan Cincin 5 Ke 7. Jumlah Yang Seimbang Memberi Lenturan Yang Seimbang. Ketika Membeli Joran Hendaklah Diperiksa Cincin Dengan Teliti, Walaupun Baru, Terdapat Juga Cincin Yang Rosak Atau Retak Yang Boleh Merosakkan Tali. Bentuk Cincin Yang Berkaki Tiga (2 Di Belakang, 1 Di Depan), Berkaki Empat Dan Berkaki Tunggal. Cincin Berkaki Tunggal Dan Berkaki Tiga Lebih Baik Kerana Ia Lebih Elastik, Ia Akan Dapat Mengikut Joran Melentur Tetapi Cincin Berkaki Empat Tidak Dapat Berbuat Demikian.

Jenis Pemegang Joran Yang Popular Ialah Jenis Gabus Dan Span. Pemegang Gabus Sedap Dipandang Dan Sudah Tentu Harganya Mahal Sedikit. Sekiranyan Anda Memilih Joran 2 Bahagian, Pastikan Sambungannya Mestilah Padu. Penyambung Yang Bagus Akan Menghasilkan Bunyi 'Pop' Apabila Ditanggalkan.

Ok..Selamat Membeli Joran

Sumber - MRSM Pasir Salak Fishing Club (Facebook)

Wednesday, 6 July 2011

Tips Penjagaan Peralatan Memancing


Perlatan Memancing Seperti Joran, Kekili, Mata Kail Dan Sebagainya Juga Perlulah Dijaga Bagi Mengelakan Peralatan2 Tersebut Daripada Karat Atau Rosak. Bila Berlaku Keadaan Sedemikian Ianya Akan Melibatkan Kos Samaada Untuk Memperbaiki Peralatan Tersebut Atau Untuk Membeli Peralatan Yang Baru. Disini Aku Nak Menyenaraikan Beberapa Tips Bagi Menjaga Peralatan Utama Memancing Ini..So Layaaannn...:-)

Joran
  1. Bersihkan Sisa-sisa Umpan Yang Melekat Pada Joran Selepas Selesai Memancing.
  2. Sesudah Trip Bilas Joran Dengan Air Bersih Dan Bahagian Pada Joran Tersebut Seperti Cincin Dilap Hingga Kering.
  3. Elakkan Dari Terdedah Kepada Sinaran Matahari & Suhu Yang Tinggi Seperti Melatakkan Joran Didalam Bonet Kereta Untuk Sesuatu Tempoh Yang Lama
  4. Jangan Simpan Joran Di Tempat-tempat Yang Boleh Menyebabkannya Patah. 
Kekili
  1. Setelah Selesai Sesuatu Trip Memancing, Terutamanya Pancingan Air Masin, Jirus Kekili Tersebut Dengan Air Bersih Dan Kemudian Lap Sehingga Kering. Pastikan Drag Ditahap Maksimum Bagi Mengelakkan Air Daripada Masuk Ke Dalam Badan Reel.
  2. Elakkan Daripada Merendam Kekili Kedalam Air Bagi Mengelakkan Air Daripada Masuk Ke Dalam Badan Kekili
  3. Check Bahagian-bahagian Seperti Dalam Spool, Bail Arm, Pastikan Tiada Garam-garam Yang Berada Di Kawasan Itu, Kalau Ada Bersihkan
  4. Simpan Reel Ke Dakam Sarung Reel Bagi Mengelakannya Daripada Bercalar.
Mata Kail
  1. Selepas Pulang Dari Memancing Air Masin, Bersihkan Dan Bilas Dengan Air Tawar. Kemudian Keringkan Di Bawah Sinar Matahari
  2. Selepas Kering, Perhatikan Mana Bahagian Yang Ada Tanda Karat. Jika Ada, Gosok Dengan Kertas Pasir. Penting Untuk Anda Menyimpannya Dalam Kotak Pancing Anda. Sila Amati, Jika Kurang Tajam, Boleh Gunakan Kikir Halus Dan Asah Pada Bahagian Berkenaan.
  3. Jika Mata Kail Agak Berkarat Adalah Lebih Baik Anda Membuangya Sahaja. Paling Penting, Mata Kail Yang Telah Anda Bersihkan Ini Jangan Sesekali Dicampurkan Ke Dalam Bekas Atau Pek Mata Kail Yang Masih Belum Digunakan. Anda Perlu Menyediakan Bekas Khas Untuk Mata Kail Terpakai.
Ok..Selamat Mencuba :-)

Monday, 4 July 2011

Majalah Umpan


Selamat Datang Diucapkan Kepada Majalah Umpan, Moga Dengan Kemunculan Majalah Terbaru Dari Karangkraf Ini Akan Memeriahkan Lagi Industri Memancing Tanah Air Kita. Hmm...Nampaknya Pasni Majalah Sirip, Pancing & Kembara Kail Dah Ada Pesaing Baru, Anggap Jelah Ianya Satu Persaingan Yang Sihat. Biasanya Bila Bersaing Yang Untungnya Mestilah Pada Pembelinyakan..Kehkeh! Den Dah Boli Dah Majalah Ni..Emm..Menarik Jugak Malah Ni, Ada Banyak Kelainan Yang Terdapat Dalam Majalah Ni, Susun Aturnya Pun Best, Ringkas Tetapi Padat. Banyak Tips2 Memancing Yang Boleh Kita Perolehi Daripada Majalah Umpan Ni. Selain Daripada Laporan-laporan Trip Memancing, Diselitkan Juga Pengetahuan2 Berguna Di Dalamnya, Misalnya Cerita Pasal 10 Ikan Prasejarah Yang Masih Hidup, Fenomena Aneh Selepas Tsunami Dan Banyak Lagilah. Nak Tau Dengan Lebih Lanjut Kenalah Beli...Huhu! Nampaknya Pasni Kena Tambah Lah Bajet Bulanan Untuk Majalah2 Mancing Ni..Xpe Minat Punya Pasal No Problem. Harap Majalah Umpan Dapat Meningkatkan AtauMengekalkan  Prestasi Yang Sebegini K