Recent News

Sunday, 4 December 2011

6 Ikan Tempatan Hampir Pupus

Pari Sungai



     Tidak Ramai Yang Tahu Pari Juga Ada Mendiami Kawasan Air Tawar Iaitu Kawasan Sungai Hingga Di Bahagian Hulu. Ia Dikenali Sebagai White Edge Freshwater Whip Ray Atau Himantura Signifer. Ikan Ini Hidup Di Dasar Sungai Dan Memiliki Garisan Putih Pada Sekeliling Badannya. Mempunyai Sonak Yang Berbisa Dan Membesar Melebihi 60cm Dan Berat Maksimum Sehingga 80kg.
     Ikan Pari Sungai Ini Dulu Banyak Terdapat Di Sungai Perak Dan Pahang Tapi Kini Kian Pupus. Di Malaysia @ Semenanjung Pari Sungai Bersaiz Besar Belasan Kilogram Boleh Dianggap Telah Pupus. Selain Dia Malaysia, Pari Sungai Juga Didapati Di Sungai Kapuas, Kalimantan Barat, Sungai Inderagiri, Sumatera, Indonesia Dan Sungai Chao Phrya, Thailand.

Ringau


     Dikenali Sebagai Four Banded Tigerfish Atau Datnioides Polota. Ikan Ini Hidup Di Kawasan Air Payau Di Muara Sungai, Kawasan Teluk Dan Sungai Yang Mempunyai Kesan Pasang Surut.
     Membesar Melebihi 30cm Dan Berat Sehingga 2kg Dulu Banyak TerdapatDi Sungai-Sungai Di Perak, Melaka Dan Sarawak Tapi Kini Kian Pupus. Ikan Ini Boleh Ditemui Di India, Bangladesh, Thailand Dan Indonesia.

Toman Bunga


     Ikan Ini Memiliki Banyak Nama Mengikut Lokasi Di Negara Ini. Ada Yang Menggelarnya Sebagai Kerandang, Jelai, Jaloi Atau 'Emperor Snakehead'. Nama Sainsnya 'Channa Marulioides'. Ia Merupakan Ikan Pemangsa Jenis Ikan Kepala Ular (Snakehead). Spesis Yang Memiliki Corak Cantik Ini Mendiami Sungai, Tasik Dan Kawasan Berpaya Berair Gambut Serta Mendiami Kawasan-Kawasan Berpaya Yang Kandungan Ph Airnya Rendah, Sama Seperti Saudaranya, Haruan Palas Dan Bujuk.
     Ia Boleh Membesar Sehingga 68cm Dan Mencapai Berat Badan 3.5kg. Ikan Ini Dulu Banyak Terdapat Di Seluruh Malaysia Tapi Kini Amat Berkurangan. Ikan Ini Juga Boleh Di Dapati Di Selatan Thailand, Kalimantan Dan Sumatera, Indonesia.

Ikan Temoleh


     Ikan Dari Keluarga Kap Ini Juga Dikenali Sebagai Temelian, Tamalian Atau Probarbus Jullieni. Ia Merupakan Salah Satu Ikan Terbesar Di Malaysia Dan Mampu Membesar Hingga 25kg Bersama Ukuran Panjangnya Hingga 150cm.
     Sekitar Tahun 1990-an, Temoleh Seberat 33kg Pernah Dilaporkan Ditangkap Di Kuala Tahan, Pahang. Manakala Temoleh Terberat Yang Pernah Direkodkan Setakat Ini Adalah 70kg Di Thailand.
     Dahulu, Ia Banyak Terdapat Di Sungai-Sungai Di Pahang Dan Perak Tapi Kini Kian Pupus. Selain Malaysia, Temoleh Boleh Ditemui Di Laos, Lembangan Chao Phraya, Thailand Dan Mekong, Vietnam.

Yu Gergaji


     Juga Dikenali Sebagai Yu Beroi, Yu Parang, Pari Gergaji Seragam, Largetooth Sawfish Atau Pristis Microdon. Ikan Ini Di Kawasan Muara Sungai Dan Ada Juga Yang Bergerak Ke Sungai Air Tawar. Membesar Melebihi 7m Dan Berat Sehingga 600kg. Gergaji Digunakan Untuk Melibas Ikan Dan Untuk Mempertahankan Diri. Selalu Terdapat Di Kawasan Dasar Yang Berlumpur Dan Aktif Pada Waktu Malam. Ikan Yu Gergaji Ini Dulu Banyak Terdapat Di Sungai Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu Dan Pahang Tapi Kini Pupus. Ikan Ini Juga Boleh Didapati Di Kawasan Indo-Pasifik Barat.

Ikan Kelisa


     Nama Saintifiknya ' Scleropages Formosus' Atau Turut Digelar ' Asian Bonytongue ' Merupakan Ikan Yang Paling Popular Sekali Kini Di Antara Ikan Akuarium Dan Disebabkan Ini Ia Kini Pupus Terutamanya Ikan Yang Asli Dari Sungai Atau Tasik.
     Mendiami Kawasan Sungai, Tasik Dan Kawasan Berpaya Air Gambut. Boleh Membesar Sehingga 90cm Dan Berat Badan 7kg. Ikan Jantan Menyimpan Telur Dan Anak Di Dalam Mulutnya Sehingga Menetas.
     Yerdapat Beberapa Jenis Ikan Kelisa Di Malaysia Iaitu Dari Jenis Kelisa Hijau, Biru Dan Emas Dan Taburannya Berbeza Mengikut Lokasi,. Ikan Ini Dulu Banyak Terdapat Di Seluruh Malaysia Tapi Kini Amata Berkurangan. Ikan Dari Spesis Ini Juga Boleh Didapati Di Thailand, Kalimantan Dan Sumatera, Indonesia, Vietnam, Dan Kampuchea.

Sumber - Majalah Umpan

Friday, 25 November 2011

Jurang Paling Dalam Di Dunia


     Jurang Mariana Adalah Jurang Paling Dalam Di Dunia, Dengan Kedalaman Sehingga 11km (6.8 Batu), Dan Merupakan Lokasi Paling Dalam Pada Permukaan Kerak Bumi.
    Jurang Ini Terletak Di Dasar Lautan Pasifik Di Timur Dan Selatan Kepulauan Mariana, Di Timur Mindanao, Filipina. Jurang Ini Meliputi Setengah Kawasan Lautan Di Selatan Filipina. Jurang Ini Ditemui Oleh Pemerintah Sepanyol Yang Memerintah Filipina Ketika Itu.
    Jurang Ini Membentuk Sempadan Antara Dua Plat Tektonik Antara Plat Pasifik Dan Plat Filipina. Bahagian Paling Dasar Adalah Jauh Lebih Dalam Dari Aras Laut Daripada Ketinggian Gunung Everest Di Atas Aras Laut (8,848m/29.028ka). Bahagian Dasar Laut Di Situ Menerima Tekanan Sehingga Setinggi 108.6MPa, Lebih Seribu Kali Tekanan Atmosfera Piawai Pada Aras Laut.
    Jika Anda Berada Di Atas Permukaan Laut Di Atas Jurang Berkenaan, Anda Memerlukan Tali Sepanjang 11.035 Meter Tali Bersamaan 11.035km Untuk Umpan Dan Batu Ladung Jatuh Ke Atas Dasarnya (Diandaikan Jika Ia Jatuh Terus Secara Menegak).

Sumber - Majalah Umpan

Tip Memancing Udang Galah


  • Cacing Tanah Kampung Dan Anak Ikan Juga Berkesan Sebagai Umpan Udang Galah. Boleh Juga Guna Kelapa Bakar Sebagai Rasuah Untuk Menarik Udang Galah Memakan Umpan.
  • Ketika Air Pasang Besar Dan Hujan Lebat Agak Lama Adalah Waktu Yang Kurang Baik Untuk Memancing Udang Galah.
  • Waktu Malam Adalah Waktu Yang Amat Sesuai Untuk Memancing Udang Galah Kerana Waktu Inilah Udang Galah Amat Aktif Dan Agresif
  • Lazimnya, Udang Galah Selalu Dikaitkan Dengan Buaya. Jika Banyak Terdapat Udang, Dikatakan Ada Buaya Di Lubuk Tersebut. Jadi, Sentiasalah Berwaspada.
Sumber - Majalah Umpan