Recent News

Saturday, 19 May 2012

Mengenal Anatomi Ikan...:-p

Operkulum (Operculum)



Merupakan Bahagian Keras Yang Melindungi Bahagian Insang. Kebiasaanya Bahagian Ini Merupakan Pembahagi Antara Kepala Dan Badan. Operculum Sangat Penting Dalam Pengambilan Oksigen. Ianya Akan Terbuka Apabila Mulut Ikan Tertutup, Menyebabkan Tekanan Dalam Ikan Menurun. Air Akan Masuk Ke Bahagian Tekanan Rendah Melalui Insang Membolehkan Oksigen Diambil Daripada Air.

Garisan Lateral (Lateral Line)



Biasanya Dapat Dilihat Memanjang Hingga Ke Bahagian Ekor. Garisan Lateral Ini Berfungsi Sebagai Organ Rasa Untuk Mengesan Pergerakan Dan Getaran Di Dalam Air. Kadangkala Garisan Lateral Ini Merupakan 'Electroceptors' Di Mana Ianya Berfungsi Mengesan Ransangan Elektrik. Sesetengah Spesies Seperti Jerung Juga Menggunakan Organ Lateral Ini Untuk Mengesan Medan Magnetik.

Sirip Dorsal (Dorsal Fin)



 Terletak Pada Bahagian Atas Ikan. Sesetengah Ikan Mempunyai Hingga 3 Sirip Dorsal. Sirip Dorsal Melindungi Ikan Dari Pemangsa Dan Membantu Ikan Untuk Membelok Atau Berhenti Secara Mengejut. Sesetengah Ikan Menggunakan Sirip Dorsal Dengan Lebih Berbeza. Anglerfish Menggunakan Sirip Dorsalnya Yang Bercahaya Untuk Memancing Ikan Lain. Terdapat Juga Sesetengah Ikan Yang Mampu Mengeluarkan Racun Melalui Sirip Dorsalnya. Bagi Spesies Belut Pula, Fungsi Sirip Dorsal Diambil Alih Oleh Sirip Anal.

Sirip Adipos (Adipose Fin)



Merupakan Sirip Lembut Dan Berdaging Di Antara Sirip Dorsal Dan Kaudal. Terdapat Pada Sesetengah Ikan Sahaj Seperti Salmonidae, Charasins Dan Catfishes. Fungsi Sebenar Sirp Adipose Ni Masih Menjadi Misteri Terdapat Pengkaji Menyatakan Ianya Mengesan Bunyi Dan Perubahan Tekanan. Pengkaji Di Kanada Juga Menyatakan Ia Berfungsi Seperti Sensor Namun Masih Tiada Bukti Yang Jelas.

Kaudal Pedunkel (Caudal Peduncle)



Merupakan Bahagian Antara Badan Dan Ekor.

Sirp Kaudal (Caudal Fin)



Sirip Kaudal Merupakan Bahagian Ekor Ikan. Ianya Penting Untuk Henhutan Ketika Berenang. Sirip Kaudal Juga Mempunyai Pelbagai Bentuk Mengikut Spesies Ikan Tertentu Dan Juga Boleh Dikelaskan Untuk Mengklasifikasikan Spesies Ikan.

Sirip Anal (Anal Fin)



Terletak Pada Permukaan Bawah Ventral Atau Perut Ikan Dan Di Belakang Anus. Sirip Anal Berfungsi Untuk Kestabilan Ketika Ikan Berenang.

Photophores



Merupakan Organ Pemancar Seakan Bintik Bercahaya Yang Biasanya Terdapat Pada Ikan Perairan Marin. Kita Melihat Badan Ikan Yang Berkilat Adalah Disebabkan Oleh Photopores. Karakter Pengcahayaan Ini Penting Bagi Mengenalpasti Jenis Ikan Terutama Ikan Di Lautan Pada Paras Kedalaman Benthic.

Sirip Pelvik (Pelvic Fin)



Terletak Pada Bahagian Bawah Abdomen Dan Berpasang. Sirip Pelvik Ini Membantu Ikan Untuk Berenang Ke Atas Dan Ke Bawah, Membelok Dengan Tepat Dan Berhenti Dengan Cepat. Dalam Famili Gabiidae, Sirp Pelvik Biasanya Bercantum Menjadi Satu Sirip Menyedut Yang Berfungsi Untuk Berpegang Pada Sesuatu Substrat Seperti Batu Dan Sebagainya.

Sirip Pektoral (Pectoral Fin)



Sepasang Sirip Pektoral Terletak Pada Setiap Sisi Ikan Berhampiran Operkulum. Ianya Membantu Ikan Untuk Mengekalkan Kedudukan Ikan Pada Sati-Satu Kedalaman. Ikan Daripada Famili Clariidae Seperti Keli Menggunakan Sirip Pektoral Untuk Berjalan Di Darat

Sumber - Majalah Umpan

0 comments:

Post a Comment