Recent News

Saturday 13 August 2011

Ikatan Appolo (Paternoster)


Ada Beberapa Teknik Ikatan Apollo Yang Diguna Pakai Pemancing Dasar. Salah Satu Cara Yang Popular Ialah Ikatan 'Paternoster'. Teknik Ikatan Ini Seperti Menggunakan Dua Utas Tali Tangsi Iaitu Satu Perambut Dan Satu Perambut Anak, Sama Ada Sama Atau Berlainan Saiz Dipintal Bersama. Perambut Utama Mestilah Lebih Panjang Dari Perambut Anak. Langkah-Langhkahnya Seperti Berikut:-
  1. Sediakan Perambut Utama Dan Perambut Anak Seperti Gambar. Perambut Utama Mestilah Empat Hingga Lima Kali Lebih Panjang Dari Perambut Anak. Perambut Anak Pula Panjang Dalam Sekaki Lebih. Untuk Memancing Ikan Merah Dasar, Perambut Utama 100 Paun Dan Perambut Anak 60 Hingga 80 Paun.
  2. Buat Simpulan Gelung Serentak Untuk Kedua-Dua Perambut Seperti Gambar 2. Pastikan Lilitan Untuk Perambut Anak Lebih Kepada Sebelah Hujung Untuk Membenarkan Mata Kail Diikat Pada Proses Kemudian Nanti.
  3. Ulangi Proses Membuat Simpulan Gelung Sehingga 3 Lilitan Terbentuk. Lilitan Mestilah Sekata. 
  4. Kemudian Tarik Kedua-Dua Hujung Lilitan Ini Serentak Dan Sekata. Tarik Dengan Perlahan Supaya Ia Membentuk Lilitan Yang Kemas Dan Seragam. Ulangi Proses Yang Sama Untuk Mata Kail Kedua Pula.
Hasil Seperti Gambar. Kita Juga Boleh Membuat Apollo Umpam (6 Mata Kail) Dengan Teknik Yang Sama. Panjang Perambut Anak Ialah Sekaki Dan Jarak Antara Mata Kail 1.5 Kaki Bagi Mengelakkan Ia Berpintal Di Antara Satu Sama Lain. Cara Lumrah Yang Digunakan Memancing Ikan Kerapu Dan Ikan Merah Oleh Kaki Pancing Di Laut Dalam.

Sumber - Joran, Berita Harian

0 comments:

Post a Comment