Banjar Red Arowana Mirip Dengan Yello Tail Atau Green Arowana, Ekor Bulat Berwarna Merah Dan Skala Warna Hijau Metalik. Ini Adalah Arowana Yang Paling Mudah Didapati Dengan Harga Berpatutan Serta Warna Juga Sangat Menarik. Pencinta Arowana Ini Juga Menggelarkan Namanya Sebagai Arowana Kelas Merah Kedua.
Green Arowana
Arowana Hijau Atau Digelar 'Green Arowana' Memiliki Tubuh Hijau Kelabu Gelap Dengan Ekor Bergaris Hijau Kekelabuan. Bentuk Kepelbagaian Ini Adalah Sebuah Perbezaan Besar Dibandingkan Dengan Pilihan-Pilihan Lain Dengan Kepala Atau Porsi Mulut Yang Lebih Besar Dan Bulat. Ini Adalah Salah Satu Spesis Yang Paling Banyak Di Asia Di Mana Ianya Banyak Terdapat Di Malaysia, Indonesia, Thailand Dan Lain-Lain. Harganya Juga Amat Berpatutan Dan Senang Dibiakkan.
Malaysia Golden Arowana
Ianya Adalah Salah Satu Spesis Yang Paling Mahal Bagi Jenis Arowana Asia. Ada Banyak Pilihan Daripada Jenis Arowana Emas Malaysia Seperti Arowana 'Golden Bluebase' Iaitu Boleh Dikenali Dengan Mengamati Berdasarkan Skala Warna Metalik Biru Dan Sejenis Lagi Dengan Warna Emas Mengelilingi Belakangnya Atau Semua Keseluruhan Badannya Keemasan, Ianya Dikenali Sebagai Arowana 'Golden Crossback', Jika Ianya Mempunyai Badan Setengah Emas Pula Dikenali Sebagai Arowana 'Highback' Dan Juga Sejenis Lagi Dikenali Sebagai 'Super Highback'.
Platinum Arowana
Platinum Arowana Dihasilkan Menggunakan Teknologi Canggih Dimana Hasil Kacukan Baka-Baka Ikan Arowana Yang Terbaik Di Dunia. Ianya Juga Merupakan Ikan Arowana Yang Termahal Di Dunia Yang Pernah Dihasilkan. Ianya Jarang Sekali Ditemui, Ini Kerana Hanya Pengusaha Yang Mempunyai Teknologi Tersebut Boleh Membiakkan Ikan Jenis Ini. Malah Permintaannya Adalah Amat Tinggi Sehingga Mencecah Ratusan Ribu Ringgit. Kebanyakan Ikan In Dibeli Oleh Pasaran Luar Seperti Jepun, Korea, China Dan Negar-Negara Barat.
Red Tail Golden Arowana
Kebanyakan Red Tail Golden Arowana Akan Mempunyai Warna Emas Di Sisiknya Mencapai Baris Keempat Dan Sekiranya Sisik Yang Lebih Baik Akan Mempunyai Warna Emas Itu Mencapai Baris Kelima. Terbaik Mengenai Spesis Ini Adalah Sisiknya Akan Bersilang Terus Di Belakang Badannya Sehingga Sisik Yang Ke Enam. Jenis Ini Juga Agak Mahal Di Pasaran Kerana Keunikkan Sisiknya Yang Dipanggil 'Super Highback'.
Silver Arowana
Silver Arowana (Osteoglossum Bicirrhosum) Berasal Dari Amazon Basin. Ianya Mempunyai Sirp Dan Ekor Yang Panjang Dan Sisiknya Dipenuhi Dengan Warna Perak, Dan Biasanya Ikan Arowana Perak Ini Adalah Jenis Arowana Kelas Yang Paling Ekonomi Jika Dibandingkan Dengan Jenis-Jenis Spesis Arowana Yang Lain Serta Ianya Juga Senang Dipelihara. Terdapar Juga Spesis Yang Serupa Iaitu 'Black Arowana' Di Mana Ikan Ini Berwarna Kelabu Kehitaman.
Super Red Arowana
Ini Juga Merupakan Salah Satu Ikan Yang Popular Di Kalangan Semua Arowana Asia, Terutamanya Kerana Warnanya Begitu Menyerlah Sekali. Dengan Sirip Merah Muda Dan Begitu Juga Dengan Bibir Merah Serta Sisiknya, Boleh Dikatakan Semua Penggemar Tidak Mampu Menahan Godaan Untuk Memiliki Salah Satu Daripada Mereka. Dalam Beberapa Tahun Terakhir Ini Semua Jenis Ikan Arowana Merah Ini Dikumpulkan Bersama-Sama Dan Dipanggil 'Super Red' Atau 'Merah Kelas Pertama'.
Sumber - Arowana2u.com
0 comments:
Post a Comment