Recent News

Monday, 26 September 2011

Penyabong Lagi...:-p

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Pada Pembaca Entry Ni Sekalian. Harini Laporan Trip Yang Telah Berlansung Pada Hari Ahad Yang Lepas Iaitu Pada 18.9.2011 Akan Dibentangkan. Trip Kali Dah Dirancang Sebulan Yang Lepas, Ingatkan Tak Jadi, Sekali Last Minute Member Kata "Faiz Ko Jangan Buat-buat Lupa Pulak Trip Kita Hari Ahad Ni''...Sekali Jadi La..Ingatkan X Jadi Sebab Senyap Je Kan. Jadi Untuk Tidak Menghampakan Member-Member Yang Lain Persetujuan Pun Dimeterai...Hehe! Walaupun Ekonomi Tengah Gawat Ni Kan Sebab Terlebih Bajet Masa Raya Aritu, Aku Tetap Gagahi Juga Bagi Tak Menghampakan Member-Member Yang Lain (Nasib Baik Ada Claim Masuk)..Lega Sikit. Oklah..Malas Nak Bercerita Panjang Lebar, Jadi Biarlah Gambar-Gambar Kat Bawah Ni Menceritakan Segalanya Okay....Jom Kita Layannnnnn..:D

Punggah Barang Dan Orang Ke Dalam Bot, Coleman Sekali 3 Tu...Dassyyyaattt..Hehe
Alip Selaku Organizer Trip Kali Ni..
Tekong Abg Mat & Abg Ajis..Terbaiklah Diaorang Ni..Mesra Alam..Kehkeh
Ni Lah Abg Ajis..Mana2 Yang Dah Pegi Penyabong Mesti Kenal Dia Punyer..Tekong Ni Macam-macam Dia Buat, Anta Org Pi Pulau Bole, Pi Bottom Bole, Casting Lagilah Bole..
Ni Group Bomoh Yang Pakai Jaket Tu Namanya Erol, Kuning Pulak Bomoh @ Fauzi, & Yang Baju Kelabu Pulak Din
Ni Pulak Mestilah Korang Kenalkan...Hehe..Masih Setia Dengan Baju Lubuk.net..Satu Team Ngan Bomoh Jugak.
Ni Pulak Group Alip..Dari Depan Boat Baby @ Azhar, Pastu Alip, Pastu Joe & Lastly Tekong Abg Mat
Member Lain Masing-masing Guna Mesin Mahal-mahal, Aku Masih Setia Dengan Aernos RM130 Ni...Kesayangan Ni..Banyak Jasa Ni, Baik Air Tawar Atau Air Masin Semua Dia Bedal..Kehkeh
Keadaan Air Pada Sebelah Pagi Agak Baik, Walaupun Panas Teriknya Melampau Sikit Di Tambah Pulak Ngan Kurangnnya Angin...Rentunggg
Antara Sebahagian Spot-spot Casting Dalam Trip Kali Ni (Lebih Kurang Sama Dengan Spot-spot Yang Lepas)
Macam Beselah Kan Mesti Jadi Orang Pertama Yang Dapat Hasil..Hehe! Kerapu Selipar Jepun Dengan Xrap Deep Hot Pink..Layannn
Pas Kerapu Dapat Pulak Strike Gt...Sampai Senak Perut Kawan Layan Gt Ni..(GT Terbesar Dalam Trip Kali Ni)
GT Tadi With Xrap Deep Hot Pink (Ni Lah GT Yang Pertama Dan Yang Terakhir Untuk Trip Kali Ni) :-(
Pastu Giliran Din Pulak Dapat Lesen Pertama GT..(GT Kedua Besar Dalam Trip Kali Ni)
GT Din With Xrap Glass Ghost
Giliran Bomoh Pulak Dapat Strike Pertama..Hasilnya GT With Unknown Spoon...Kehkeh
Pastu Dia Lagi..Bila Nak Terakhir Da..Gt With Unknown Lure...Kehkeh..Nnt Kompomkan Ngan Dia Gewang Apakah Ini..
Dia Lagi..Apalah Ilmu Yang Bomoh Ni Guna..(Murah Rezeki Bomoh Ni)..GT With Altipu Spoon..Kehkeh
Erol Yang Menunggu Strike Pertama Dari Pagi Akhirnya Berjaya Juga Mendapat Strike Dari Encik Todak Menjelang Tengah Hari Dengan Menggunakan Yozuri Crystal Minnow
Tamat First Half...Lepak Kat Pulau Layak Kot...Rehatkan Badan & Berlindung Sekejap Daripada Sinaran Matahari Yang Terik Di Tambah Pulak Dengan Ketiadaan Angin..Renttuunngg...Tapi Baik Panas Terik Daripada Hujan Sambil Diselangi Dengan Kilat Dan Guruh..Serraamm
Selepas Waktu Rehat Tamat Dalam Pukul Dua Rasanya, Angin Dah Mula Kuat, Laut Pulak Dah Mula Beralun..Tapi Yang Bagusnyya Cuaca Redup Sikit Daripada Pagi Tadi
Fat Rap Ni Baru First Time Jejak Kat Air Dah Berjaya Memperdayakan Kerapu...Cayalah
Ikan Kunyit...X Padan Ngan Size Badan, Kecik-Kecik Pun Ada Hati Nak Bedal Gewang Yang Lebih Besar Dari Size Dia Tu...Kehkeh
Din Ngan Todak Gadangnya With Xrap Glass Ghost..Ni Lah First Time Tengok Todak Yang Sihat Dan Gemuk Ni..Seram Tul..
Bomoh Lagi..Memang Respekla Ngan Bomoh Ni..Walaupun Org Lain Hampir Kumpau Dia Masih Maintain..Mungkin Sebab Kerajinan Ngan Ketekunan Dia Casting Kan..Rajin Casting Pasti Membuahkan Hasil
Masa-masa Kecederaan, Kat Area Terumbu Karang Berhampiran Dengan Jeti Penyabung..Time Ni Kawan Dah Stop Dah Sebab Frust Glass Ghost Deep Kawan Kena Bawak Lari Ngan Todak Time Kawan Tengah Betulkan Tali Yang Bersimpul..Kehkeh

Jadi Kesluruhannya Trip Kali Ni Bole Dikategorikan Berjaya Jugaklah Kan, GT Dapat Dalam 9 Ekor, Parang 1 Ekor, Todak 2 Ekor, Kerapu 5 Ekor Kot..Cuma GT Kali Ni Lebih Kecil Berbanding Trip Yang Sebelum Ni..Oklah Sampai Di Sini Dulu K..Lain Kali Kalu Ada Trip Lagi Akan Segera Dipertepekkan Dekat Sini Wokeyy..

Sekian..

0 comments:

Post a Comment