Recent News

Friday, 28 October 2011

Fishing - Trekking Tips


  • Sebelum Memulakan Trekking, Perlu Bersedia Fizikal & Mental. Bersenam Atau Lebih Tepat Lagi Berjogging Adalah Usaha Yang Paling Baik Untuk Mengekalkan Kekuatan Fizikal Dan Menyihatkan Badan. Begitupun Paling Berkesan Ialah Menggalas Beg Yang Diisi Bebanan Dan Berjalan Menaiki Bukit Atau Tangga Bagi Membiasakan Diri.
  • Beg Yang Akan Digunakan Mestilah Yang Sesuai Untuk Tujuan Trekking. Pilih Beg Yang Mampu Menahan Beban Dan Lasak.
  • Pastikan Kasut Yang Akan Dipakai Untuk Trekking Adalah Daripada Jenis Yang Tahan Lasak Dan Boleh Digunakan Dalam Situasi Semasa. Basah Dan Kering Adalah Perkara Biasa Apabila Trekking Di Dalam Hutan. Jenis Kasut Yang Paling Bagus Ialah Kasut Getah Yang Tidak Menyerap Air Dan Mengurangkan Risiko Melecet.
  • Pakai Stokin Yang Panjang (Stokin Bola) Bagi Mengelakkan Pacat Atau Luka Terkena Kayu Mahupun Duri.
  • Pakaian Yang Dikenakan Hendaklah Nipis Dan Cepat Kering. Pakaian Renang Juga Boleh Digunakan Kerana Ia Ringan Dan Mudah Kering.
  • Bawa Penyembur Racun Berasaskan Minyak Bagi Mengelakkan Pacat.
  • Bawa Maksimum Dua Joran Sahaja Bagi Mengurangkan Beban. Seelok-Eloknya Joran Hendaklah Dimasukkan Ke Dalam Tabung Joran Atau Guna Sarung Kain Sahaja.
  • Pastikan Berjalan Dalam Kumpulan Ketika Berada Di Dalam Hutan.
Sumber - Majalah Kembara Kail

0 comments:

Post a Comment