Recent News

Friday 25 November 2011

Petua Mengesan Ikan Di Laut


Mengesan Ikan Di Laut Adalah Perkara Yang Sukar Jika Kita Tidak Mempunyai Kelengkapan Asasnya Seperti Alat Sistem Kedudukan Global (GPS) Dan Ilmu Berkaitan Laut.
     Justeru Khidmat Tekong Amat Diperlukan Kerana Mereka Tahu Di Manakah Lokasi Ikan Berkumpul Iaitu Di Tukun-Tukun, Unjam Atau Lubuk Karang Semulajadi.
     Namun, Beberapa Petua Yang Biasa Digunakan Oleh Nelayan Tradisi Boleh Diguna Iaitu Memerhatikan Kumpulan Burung Camar Yang Berlegar-Legar Di Kawasan Permukaan Laut Menangkap Ikan Kecil Adalah Kaedah Terbaik.
     Ini Kerana, Terdapat Kumpulan Ikan Bilis Di Situ Dan Biasanya Ikan Pemangsa Turut Sama Berada Di Situ Berkongsi Makanan Dengan Kumpulan Burung Camar. Jika Bertemu Dengannya Ia Merupakan Satu Rahmat Bagi Pemancing Dan Segeralah Hampiri Kawasan Berkenaan.
     Selain Memerhatikan Kumpulan Burung, Jika Terjumpa Kelompok 'Sampah Hanyut' (Sampah Yang Terdiri Daripada Objek Hanyut Seperti Batang Pokok, Tiang, Kayu, Papan, Gumpalan Pukat Hanyut, Tong Ikan, Polistrene), Jangan Sesekali Menganggap Ia Tidak Penting.
     Sebenarnya Di Bawah Kelompok Sampah Hanyut Inilah Sebenarnya Tersimpan Khazanah Ikan. Perlu Diingatkan, Di Lautan Yang Luas, Ikan-Ikan Kecil Akan Mencari Tempat Untuk Berlindung Dan Bergantung. Bila Ada Ikan Kecil, Pasti Ada Ikan Besar Yang Akan Menjadikan Ia Makanan.
     Jadi Jika Terjumpanya, Jangan Lepaskan Peluang Melepaskan Umpan Di Bawahnya. Contoh Terbaik Adalah Ikan Pecah Periuk Atau Siakap Batu, Adalah Spesis Yang Gemar Mendiami Sampah Hanyut.

Sumber - Majalah Umpan

0 comments:

Post a Comment