Recent News

Friday, 25 November 2011

Jurang Paling Dalam Di Dunia


     Jurang Mariana Adalah Jurang Paling Dalam Di Dunia, Dengan Kedalaman Sehingga 11km (6.8 Batu), Dan Merupakan Lokasi Paling Dalam Pada Permukaan Kerak Bumi.
    Jurang Ini Terletak Di Dasar Lautan Pasifik Di Timur Dan Selatan Kepulauan Mariana, Di Timur Mindanao, Filipina. Jurang Ini Meliputi Setengah Kawasan Lautan Di Selatan Filipina. Jurang Ini Ditemui Oleh Pemerintah Sepanyol Yang Memerintah Filipina Ketika Itu.
    Jurang Ini Membentuk Sempadan Antara Dua Plat Tektonik Antara Plat Pasifik Dan Plat Filipina. Bahagian Paling Dasar Adalah Jauh Lebih Dalam Dari Aras Laut Daripada Ketinggian Gunung Everest Di Atas Aras Laut (8,848m/29.028ka). Bahagian Dasar Laut Di Situ Menerima Tekanan Sehingga Setinggi 108.6MPa, Lebih Seribu Kali Tekanan Atmosfera Piawai Pada Aras Laut.
    Jika Anda Berada Di Atas Permukaan Laut Di Atas Jurang Berkenaan, Anda Memerlukan Tali Sepanjang 11.035 Meter Tali Bersamaan 11.035km Untuk Umpan Dan Batu Ladung Jatuh Ke Atas Dasarnya (Diandaikan Jika Ia Jatuh Terus Secara Menegak).

Sumber - Majalah Umpan

1 comments:

Cik Ila said...

Nice info..

slm perkenalan..cik ila jumpa kt innit td,, ;)

Post a Comment