Recent News
Friday, 25 November 2011
Jurang Paling Dalam Di Dunia
Jurang Mariana Adalah Jurang Paling Dalam Di Dunia, Dengan Kedalaman Sehingga 11km (6.8 Batu), Dan Merupakan Lokasi Paling Dalam Pada Permukaan Kerak Bumi.
Jurang Ini Terletak Di Dasar Lautan Pasifik Di Timur Dan Selatan Kepulauan Mariana, Di Timur Mindanao, Filipina. Jurang Ini Meliputi Setengah Kawasan Lautan Di Selatan Filipina. Jurang Ini Ditemui Oleh Pemerintah Sepanyol Yang Memerintah Filipina Ketika Itu.
Jurang Ini Membentuk Sempadan Antara Dua Plat Tektonik Antara Plat Pasifik Dan Plat Filipina. Bahagian Paling Dasar Adalah Jauh Lebih Dalam Dari Aras Laut Daripada Ketinggian Gunung Everest Di Atas Aras Laut (8,848m/29.028ka). Bahagian Dasar Laut Di Situ Menerima Tekanan Sehingga Setinggi 108.6MPa, Lebih Seribu Kali Tekanan Atmosfera Piawai Pada Aras Laut.
Jika Anda Berada Di Atas Permukaan Laut Di Atas Jurang Berkenaan, Anda Memerlukan Tali Sepanjang 11.035 Meter Tali Bersamaan 11.035km Untuk Umpan Dan Batu Ladung Jatuh Ke Atas Dasarnya (Diandaikan Jika Ia Jatuh Terus Secara Menegak).
Sumber - Majalah Umpan
Tip Memancing Udang Galah
- Cacing Tanah Kampung Dan Anak Ikan Juga Berkesan Sebagai Umpan Udang Galah. Boleh Juga Guna Kelapa Bakar Sebagai Rasuah Untuk Menarik Udang Galah Memakan Umpan.
- Ketika Air Pasang Besar Dan Hujan Lebat Agak Lama Adalah Waktu Yang Kurang Baik Untuk Memancing Udang Galah.
- Waktu Malam Adalah Waktu Yang Amat Sesuai Untuk Memancing Udang Galah Kerana Waktu Inilah Udang Galah Amat Aktif Dan Agresif
- Lazimnya, Udang Galah Selalu Dikaitkan Dengan Buaya. Jika Banyak Terdapat Udang, Dikatakan Ada Buaya Di Lubuk Tersebut. Jadi, Sentiasalah Berwaspada.
Sumber - Majalah Umpan
Petua Mengesan Ikan Di Laut
Mengesan Ikan Di Laut Adalah Perkara Yang Sukar Jika Kita Tidak Mempunyai Kelengkapan Asasnya Seperti Alat Sistem Kedudukan Global (GPS) Dan Ilmu Berkaitan Laut.
Justeru Khidmat Tekong Amat Diperlukan Kerana Mereka Tahu Di Manakah Lokasi Ikan Berkumpul Iaitu Di Tukun-Tukun, Unjam Atau Lubuk Karang Semulajadi.
Namun, Beberapa Petua Yang Biasa Digunakan Oleh Nelayan Tradisi Boleh Diguna Iaitu Memerhatikan Kumpulan Burung Camar Yang Berlegar-Legar Di Kawasan Permukaan Laut Menangkap Ikan Kecil Adalah Kaedah Terbaik.
Ini Kerana, Terdapat Kumpulan Ikan Bilis Di Situ Dan Biasanya Ikan Pemangsa Turut Sama Berada Di Situ Berkongsi Makanan Dengan Kumpulan Burung Camar. Jika Bertemu Dengannya Ia Merupakan Satu Rahmat Bagi Pemancing Dan Segeralah Hampiri Kawasan Berkenaan.
Selain Memerhatikan Kumpulan Burung, Jika Terjumpa Kelompok 'Sampah Hanyut' (Sampah Yang Terdiri Daripada Objek Hanyut Seperti Batang Pokok, Tiang, Kayu, Papan, Gumpalan Pukat Hanyut, Tong Ikan, Polistrene), Jangan Sesekali Menganggap Ia Tidak Penting.
Sebenarnya Di Bawah Kelompok Sampah Hanyut Inilah Sebenarnya Tersimpan Khazanah Ikan. Perlu Diingatkan, Di Lautan Yang Luas, Ikan-Ikan Kecil Akan Mencari Tempat Untuk Berlindung Dan Bergantung. Bila Ada Ikan Kecil, Pasti Ada Ikan Besar Yang Akan Menjadikan Ia Makanan.
Jadi Jika Terjumpanya, Jangan Lepaskan Peluang Melepaskan Umpan Di Bawahnya. Contoh Terbaik Adalah Ikan Pecah Periuk Atau Siakap Batu, Adalah Spesis Yang Gemar Mendiami Sampah Hanyut.
Sumber - Majalah Umpan
Subscribe to:
Posts (Atom)