Pada Kali Ni Kawan Nak Share Sikit Pasal Trip Ke Penyabong Yang Berlaku Pada 12.5.2012 Yg Lepas. Trip Kali Ni Kira Yang Pertama Ke Penyabong Bagi Tahun 2012. Trip Kali Ni Masih Lagi Seperti Biasa Dengan Menggunakan Tekong Yang Sama Seperti Sebelum Ni Iaitu Tekong Abg Ajis Ngan Abg Mat. Sasaran Cam Bese La Kan..GT..Tapi Tak Tau Lak Pulak GT Tu Nak Jadi Kan Diri Dia Sasaran Ke X, Semuanya Bergantung Pada Rezeki Dan Kerajinan Kita Berusha Kan. Ada Masa Kita Baling Dapat, Baling Dapat..Adakala Sampai Naik Rentung Tak Muncul2 GT Ni Kan..Time Ni La Baru Kita Rasa Betapa Pentingnya Todak Tu Kan..Cer Kalu GT Tengah Banyak, Todak Sambar Gewang Pun Wat Kendurkan Tali Je N Biarkan Ia Terlepas...Eksen Tul...Huhu. Klah..Daripada Duk Merapu Je Ni Kan, Baik Kita Biarkan Gambar2 Kat Bawah Ni Menceritakan Segalanya..Trip Ni Berlansung Selama 2 Hari, Tapi Dapat Join Sehari Je..Pasal Lesen Yang Dikeluarkan Utk Sehari je..Apela Nasib...Hehe! Okay Jom Layan..
|
Antara Ahli2 Komplot Yang Terlibat..Yang Baju Biru Tu Yang Organize Trip Kali Ni..Kedua2nya Warga Lubuk.Net |
|
Ni Pun Ahli Komplot Yang Terlibat..Yang Kemeja Kuning Tu Geng Lubuk Jugak..Yang Lagi 5 Orang Tu Bole La Dikatakan Orang Baru Kat Penyabong Ni. |
|
Sesi Memunggah Barang Ke Dalam Bot..Bot Yang Kawan Naik Bukan Nya Yang Warna Kuning Tu..Tapi Di Belakang Bot Kuning Tu..Kalu Tengok Dari Barang2 Yang Di Bawa Macam Nak Pi Trip 2 Hari 1 Malam Kat Tengah Laut..Hehe! Lain Kali Barang Kena Limitkan Barula Selesa Nak Casting Kan..Hehe |
|
Yang Pakai Baju Kundang Ni Tentulah Kawan Kan..Kali Ni X Pakai Uniform Rasmi (Baju Lubuk) Pasal Baju2 Lubuk Yang Ada Semuanya Dah Makin Mengecut..Kalu Pakai Dah Macam Sarung Nangka Da..Pasni Kena Oder Yang Size Besar Sikit..So Kalu Dia Mengecut Pun, Still Leh Pakai Lagi...Hehe |
|
Ni Spot Pertama Yang Di Singgah..Kalu Tak Silap Nama Pulau Ni Pulau Pertang Kot..Kalu X Silap Lah Kan...Spot Ni Kira Kawan Champion La Kan..Hehe! Champion Dari Segi Kuantiti La Kan, Bukan Dari Segi Kualiti..Tapi Apa Nak Di Kesahkan..Janji Gewang Tu Dapat Memperdaya Ikan Pun Dah Cukup Bagus..Hehe! Pulau Ni Rasanya Tempat Maritim Nak Skodeng Kot...Hehe |
|
Ni La Ikan Yang Berjaya Menjadikan Kawan Champion Dari Segi Kuantiti Utk Trip Kali Ni...Hehe! Dan Pasal Dia Ni Jugak La Yang Membuatkan Gewang Sama Je Yang Di Guna Sampai Lupa Yang Misi Sebenar Adalah Untuk Memburu GT..Apada..Hehe |
|
Punyala Berantu Gewang Zerek Ni Sampai Dua Ekor Sekali Naik..Hehe! Masa Duk Tarik Ingat Kan Kerapu Besar, Sekali Dua Ekor Rupanya..Patutla Berat Semacam |
|
Giliran Azhar (Baby) Pulak Naikkan Kerapu Selipar Ni...Banyak Tul Kerapu Jenis Ni Kat Area Pulau Pertang Ni..Gewang Apa Yang Dia Pakai Tu Pun Tak Berapa Nak Perasan...Tapi Rasanya Jenis Deep Gak Tu. |
|
Masih Dengan Gewang Yang Sama Berjaya Memperdaya Seekor Baby Kerapu..Hehe! Sebenarnya Banyak Lagi Kerapu Selipar Yang Dapat Cuma Malas Dah Nak Snap Pasal Size Ikannya Lebih Kurang Sama, Guna Gewang Yang Sama...Kang Kalu Tepek Kang Ada Yang Kata Duk Tepek Gamba Ikan Yang Sama...Hehe |
|
Ni Pulak Baby Tengah Berusha Keras..Bak Kata Tekong Abg Mat...Gaya Memang Hebat Dah Macam Pro..Tapi Ikan Tak Berapa Nak Berkenan Ngan Dia...Hehe! Jangan Marah Ha..Gurau Je..Tapi Ari Kedua Dia La Championnya...Champion Dari Segi Kualiti |
|
Giliran Ajis Pulak Dengan Kerapu Seliparnya Yang Berjaya Diperoleh Selepas Menukar Gewang Kepada Fat Rap Berwarna Biru..Rasanya Waktu Ni Dengan Cahaya Matahari Yang Terang..Gewang Jenis Deep & Berkilau Menjadi Pilihan Kerapu Ni |
|
Pulau2 Kali Ni Lebih Menarik Suasananya Dari Pulau Pada Trip2 Yang Lepas..Rasan Macam Nak Terjun Je Dengan Keadaan Air Yang Begitu Jernih..Ada Beberapa Pulau Ni Menjadi Tempat Utk Sang Penyu Bertelur..Sempat Gak Lah Kan Kita Orang Pi Ngendap Sarang2 Penyu Ni..Malangnya Semua Telur2 Nya Telah Diambil Orang..Sian Penyu Tu |
|
Time Ni Rasanya Tekong Ngah Berenti Jap Kat Satu Pulau Sebab Nak Pi Ngendap Penyu...Sempat Pulak Dia Orang Berdua Ni Wat Landbase Casting..Dapatlah Juga Memperdaya Sekor Sotong Mengabang Dan Sekor Baby Kerapu |
|
Ajis Ngan Sotong Mengabangnye...Sekali Baling Je Terus Dapat..Gambar Kat Bawah Tu Lak Sesi Enteprem Oleh Ahli Komplot Yang Lupa Nak Tanya Nama Dia Sape..Apada..Naik Satu Bot Mancing Sama2 Tapi Lupak Pulak Nak Tanya Nama..Apada |
|
Ni Lah Close Up Rupa Gewang Killer Untuk Arini (Zerek Ruby Crank). Tapi Sayangnya Selepas Berjaya Menaikkan Berbelas Ekor Kerapu, Ruby Crank Ni Memilih Untuk Terus Menetap Di Perairan Penyabong Ni. Tapi Xpe..Dah Pi Beli Yang Baru Kat Master Fishing Batu Pahat...Hehe! |
|
Ni La Rupanya Sungai Yang Terdapat Di Dalam Pulau Sri Buat Ni..Kat Tengah2 Laut Ni Leh Pulak Ada Sungai Yang Cantik Camni..Tempat Memang Mengancam...Tapi Ikannya Di Pengaruhi Oleh Keadaan Air..Ada Masa Memang Meletup Tempat Ni, Ada Masa Pulak Ntah Ke Mana Ikanya Menghilang..Suasana Memang First Class..Sampaikan Masa Kita Orang Tengah Ronda2 Sempat Gak Tgk Ada Beberapa Crew Sedang Menyiapkkan Pintu Gerbang Menggunakan Nibong Untuk Rancangan Survivor Yang Akan Beraksi Kat Pulau Ni Nanti |
|
Hanya Dua Ekor Ikan Ni Sahaja Yang Berjaya Diperolehi Di Kawasan Ni. Seekor Kerapu Bakau Yang Walaupun Kecik Tapi Tarafnya Atas Sikit Dari Kerapu Selipar Tadi. Gewang Yang Di Gunakan Untuk Memperdaya Kerapu Bakau Ni Rasanya Macam Rapala Tail Dancer Je Kan. Lagi Sekor Pulak Baby Baracuda Yang Berjaya Diperolehi Oleh Ajis Dengan Menggunakan Gewang Yo Zuri Crystal Minnow Jenis Selaman Dalam. |
|
Ni La Yang Di Namakan Casting Beruk...Kehkeh...Jangan Marah Ha...Hehe |
|
Berehat Jap...Rasanya Dalam Kul 11 Lebih Kitaorang Dah Berenti Rehat Makan..Sedangkan Baru Kul 8 Tadi Dah Makan...Hehe! Rasanya Pasal Ikan Dah X Makan Tu Yang Orang Pulak Yang Makan...Hehe! Kalu Diperhatikan Waktu Ni Air Kat Sungai Tengah Surut Sangat Dan Dalam Proses Nak Naik Pasang..Dengan Harapan Dalam Masa Nak Pasang Nanti Tentu Lebih Banyak Ikan Yang Sudi Membaham Gewang. |
|
Tapi Malangnya Air Pasang Terlalu Tinggi Dan Keadaan Air Yang Terlalu Tenang Dan Jernih Menyebabkan Ikan Kurang Aktif Untuk Membaham Gewang |
|
Antara Gewang Yang Digunakan Pada Trip Kali Ni..Bawak Punyalah Banyak Pakainya X Sampai Sepuluh Pun...Heh |
|
Seekor Todak Ni Sajelah Yang Berjaya Di Daratkan Untuk Trip Kali Ni (Bot Abg Mat). Haha..Tulah Time GT Banyak Korang Eksen Ngan Todak Ni...Time GT Xde Barulah Datangnyer Rindu Kat Todak Ni...Tapi Malangnyer Time Rindu Ni Lah Todaknya Tak Muncul2...Kehkeh |
|
Selepas Hujan Lalu Jap..Air Jadi Berarus Sedikit..Barulah Suasana Menjadi Rancak Kembali...Tapi Masih Lagi Dengan Tangkapan Kerapu Selipar..Hehe! Tapi Kali Ni Berjaya Dinaikkan Dengan Menggunakan Gewang Yang Pertama Kali Mencecah Air..Gewang Zerek Jenis Wonder Minnow Selaman Dalam...Best Gak Gewang2 Zerek Ni..Harga Pun Kira Masih Murah Lagi La Kan...Berbanding Dengan Rapala Xrap Glass Ghost Yang Harganya Sudah Mencecah RM 40 - 50 Sekor Skang Ni. |
|
Akhirnya Sasaran Yang Di Nanti2 Tiba..Kemunculan GT. Tapi Bukan Kawan Yang Dapat, Tapi Dak Baru Yang Lupa Nak Tanya Nama Dia Ni Yang Dapat..Hehe. Kawan Tolong Enteprem Je...Hehe! Gewang Yang Digunakan Rasanya Gewang Yang Tak Berapa Ternama Kot...Kehkeh! Tp Apa Adahal GT Tu Bukan Nya Tau Harga Gewang Tu Seketul Berapa Kan...Kalu Dia Jumpa Dia Balun Aje..Hehe |
|
Bila Sorang Dah Dapat GT Tu Yang Lain Masing2 Keluarkan Gewang Killer Kat Area Penyabong Ni (Rapala Xrap Glass Ghost) Dengan Harapan Ada Kawanan GT Yang Lain Sudi Membaham Gewang. Tapi Apada...Kerapu Selipar Jugak Yang Muncul...Hehe! Tak Malu Tul La Kerapu Selipar Ni..Apapun Syok Daripada Xde Yang Membaham Lansung Kan...Hehe! |
|
Glass Ghost Dipertaruhkan Dengan Harapan GT Yang Sudi Menjamahnya...Sekali Ikan Kecik Ni Pulak Yang Terexcident Ngan Gewang Ni Hehe..Ni Kira Tangkapan Paling Kecil Yang Pernah Kawan Dapat Dengan Menggunakan Gewang |
|
Ni Lah Hasil Yang Diperolehi Untuk Trip Kali Ni..Gambar Yang Atas Hasil Dari Boat Abg Ajis...Kuantiti Sedikit Tapi Kualiti Yang Baik. Yang Bawah Lak Gambar Hasil Dari Kawannye Team...Kuantiti Dasyat Tapi Kualitinya Kurang..Apapun Syukur Dengan Rezeki Yang Allah Bagi..Amin |
Oklah...Kawan Pun Dah Tak Tau Dah Apa Nak Dikarang Lagi..Sampai Sini Sajelah Laporan Trip Pada Kali Ini. Minta Maaf Seandainya Report Kawan Ni Xberapa Nak Best...Maklumlah UPSR Dulu Pun Result Penulisan Tak Berapa Nak Best...Hehe...Okay..Adios Amigos.
6 comments:
blh mkn ke kerapu selipar tu. menakutkan je kaler dia. huhu
Mestilah Bole Makan...Ikan Kapu Ni Isi Dia Liat Sikit Dari Kapu Biasa...Tapi Kalu Masak Stim Isi Dia Leh Lembut Sikit Kot..
Congratz bro!! aku br start main kat penyabong tu..tapi main kat pulau yg kat depan jeti penyabong tu... asal bp gak..
Tq Atonza...Lain Kali Try La Pulak Casting Atas Bot Kat Penyabong...Lagi Syok Tu
bro nk tnya ar..klu naik dgn abg ajiz berapa dier kira eh? utk main casting..
Rasa Dalam 3 Ratus Kot...Lebih Kurang Camtu le..Nape?
Post a Comment