Recent News

Thursday, 30 June 2011

Hindari Pertandingan Joran - Dr Asri



'Umat Islam Di Negara Ini Digesa Menghindari Penyertaan Pertandingan Memancing Atau Jorang Yang Berkonsepkan Perjudian Kerana Ia Adalah Haram Dan Dosa Besar, Umat Islam Di Negara Ini Digesa Menghindari Penyertaan Pertandingan Memancing Atau Joran Yang Berkonsepkan Perjudian Kerana Ia Adalah Haram Dan Dosa Besar' Kata Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, Perkara Itu Semakin Membimbangkan Kerana Kebanyakan Pertandingan Berkenaan Yang Begitu Meluas Dijalankan Di Negara Ini Hari Ini Adalah Berasaskan "Judi' Atau Qimar.

Masyarakat Pula Tidak Mengambil Serius Tentang Pembabitan Unsur Atau Asas Perjudiaan Dalam Kebanyakan Pertandingan Joran Yang Diadakan. Dalam Islam Judi Atau Qimar Adalah Haram Dan Tersenarai Dalam Dosa-dosa Besar.

"Qimar Atau Judi Bermaksud, Setiap Pertandingan Yang Mensyaratkan Pemenang Mengambil Sesuatu Dari yang Kalah. Dalam Qimar Atau Judi Ada Pihak Yang Rugi Dan Yang Untung Atas Pertaruhan Tersebut. Hal Ini Berlaku Dalam Kebanyakan Pertandingan Joran Dalam Negara Ini." Katanya Dalam Satu Kenyataan Media Hari Ini.

Menurut Dr Asri, Pertandingan Joran Yang Berasaskan Prinsip Perjudian Itu Membabitkan Pelbagai Pihak, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan, Majlis Perbandaran, Parti-parti Politik, Sekolah, Syarikat Perniagaan, Persatuan Dan Lain-lain.

Katanya, Wang Pertaruhan Yang Dinamakan 'Yuran Penyertaan' Yang Diambil Itu Dijadikan Hadiah Untuk Yang Menang, Atau Keuntungan Kepada Penganjur Atas Kekalahan Peserta.

“Pembayaran Wang Penyertaan Kebanyakannya Bukan Untuk Kemudahan Yang Dinikmati Peserta, Sebaliknya Sebagai Wang Pertaruhan. Ini Terbukti Setiap Peserta Dikehendaki Membayar Berdasarkan Mata Pancing Yang Digunakan.

“Wang Yang Terkumpul Itu Juga Dijadikan Hadiah Atau Keuntungan Penganjur Jika Peserta Gagal. Unsur Pertaruhan Itu Jelas. Biasanya, Lebih Besar Pertaruhan, Lebih Lumayan Hadiahnya." Katanya.

Dr Asri Berkata Sebenarnya, Yuran Penyertaan Itu Jika Sekadar Pembayaran Peserta Menggunakan Kemudahan Yang Disediakan Seperti Makan Minum, Duit Kenderaan Dan Seumpamanya, Maka Ia Bukan Judi Dan Pertaruhan.

“Namun, Apabila Ia Menjadi Wang Terkumpul Untuk Hadiah Pemenang, Maka Itu Adalah Satu Perjudian. Konsep Ini Hampir Sama Dengan Apa Yang Digunakan Oleh Syarikat-syarikat Loteri Yang Pernah Menamakan Diri Mereka 'Loteri Kebajikan'," Katanya.

Salahkah Memancing Ikan?



Sebagai Sebuah Bentuk Kegiatan Yang Bersifat Hobi, Pada Dasarnya Tidak Ada Masalah Dengan Memancing Ikan, Sebagaimana Orang Arab Pada Zaman Dahulu Yang Mempunyai Hobi Berburu. Ini Kerana Haiwan-haiwan Itu Diciptakan Allah S.W.T Untuk Manusia, Samaada Untuk Dimakan Ataupun Untuk Dijadikan Haiwan Ternakan Bagi Membantu Kehidupan Seharian.

Tiada Yang Salah Dalam Memancing Ikan Sekiranya Semuanya Kena Pada Caranya. Maksudnya Seseorang Itu Tidak Dianggap Kejam Apabila Memperoleh Ikan Dengan Cara Memancing. Meskipun Sekilas Pandang Nampak Seperti Menyiksa Ikan Apabila Ikan Tersebut Menelan Mata Kail Lalu Mati, Tapi Harus Bagaimana Lagi Kerana Sudah Menjadi Kelaziman Ikan Ditangkap Atau Diperolehi Dengan Cara Begitu. Sama Juga Seperti Menggunakan Jaring, Walaupun Tidak Mengguna Mata Kail Ikan Itu Tetap Juga Akan Di Bawa Kedaratan Dan Akan Mati Kerana Tidak Boleh Bernafas. Namun Memang Demikian, Memancing Atau Menjaring Ikan Adalah Satu Hal Yang Lumrah Kerana Dengan Cara Sebegitu Sahaja Kita Akan Memperoleh Ikan Dan Ikan Memang Dijadikan Untuk Manusia Menggunakannya.

Yang Menjadi Masaalah Dalam Hal Memancing Ini Mungkin Dalam Hal Pengurusan Masanya. Contohnya Yang Menjadi Masaalah Adalah Seperti Memancing Sehingga Lupa Anak Bini, Lupa Akan Tanggungjawabnya Dan Perkerjaan Harianya. Kalau Masaalah Seperti Ini Dapat Diatasi, Maka Tiada Masaalah Untuk Memancing

Memancing Juga Diharamkan Jika Terdapat Unsur Perjudian Di Dalamnya. Namun Jika Memancing Itu Tidak Melalaikan Banyak Masa Cuma Hanya Sementara Atau Sekali Sekala Untuk Menghilangkan Tekanan, Maka Ianya Tergolong Di Dalam Hobi Yang Bermanfaat. Jadi Semuanya Tergantung Bagimana Kita Menguruskan Hobi Kita Ini. Yang Penting Janganlah Sampai Melampaui Batas Dan Kemampuan.

Monday, 27 June 2011

Cara-cara Mengatasi & Merawat Mabuk Laut



Cara-cara Mengatasi
  1. Sebelum Menyertai Sesuatu Trip Memancing, Pastikan Diri Anda Mendapat Tidur Yang Cukup (Minimum 5 Jam)
  2. Jangan Lupa Makan Terlebih Dahulu, Tapi Jangan Sampai Terlalu Kenyang. Jangan Makan Makanan Yang Mengandungi Minyak Yang Banyak. Apabila Sudah Makan Ianya Dapat Menghindarkan Perut Daripada Dimasuki Angin Yang Boleh Menyebabkan Mabuk.
  3. Ubat-ubatan Seperti Minyak Angin, Balm, Koyok, & Ubat Tahan Mabuk Juga Perlu Disediakan. Makanlah Ubat Tahan Mabuk 1/2 Jam Sebelum Memulakan Sesuatu Trip.
  4.  Semasa Di Atas Bot, Badan Jangan Terlalu Membongkok Atau Melihat Ke Bawah, Ini Kerana Jika Keadan Itu Berlaku Ianya Juga Boleh Membuatkan Anda Cepat Merasa Mual Atau Loya, Cubalah Melihat Sesuatu Yang Jauh.
  5. Cuba Hindari Daripada Duduk Bedekatan Dengan Bahagian Enjin, Kerana Bau Asap Yang Terhasil Daripada Enjin Tersebut Juga Boleh Membuatkan Anda Mabuk.
  6. Bawalah Bekal Buah-buhan Segar Ataupun Jus Buah. Air 100 Plus Juga Mampu Membantu Mengeluarkan Angin Dari Badan.
  7. Satu Lagi Tip Yang Mungkin Dapat Membantu Adalah Dengan Cara Mendengar Muzik.
  8. Jika Tekak Sudah Mula Merasa Mual Atau Ingin Muntah, Sebaiknya Muntahkan Saja Kerana Ianya Akan Membuatkan Badan Anda Lebih Berasa Selesa.
  9. Apabila Cara-cara Di Atas Sudah Dilakukan Dan Masih Tidak Berkesan, Cara Yang Terbaik Adalah Dengan Kembali Ke Darat Dan Berjumpalah Dengan Doktor.
Cara-cara Memberi Pertolongan Kepada Mangsa Mabuk

Biasanya Kita Kurang Berminat Untuk Memberikan Pertolongan Kepada Rakan Yang Mabuk, Ianya Kerana Kita Bimbang Yang Kita Akan Turut Mabuk Apabila Membantu Mereka. Sepatutnya Menjadi Tanggungjawab Kita Memberikan Bantuan Kepada Mereka Yang Berada Dalam Situasi Itu. Sekurang-kurangnya Memicit Bahagian Tengkuknya Agar Muntahnya Dapat Keluar Dengan Lebih Lancar Dan Cepat Merasa Lega. Rakan Yang Mabuk Sudah Tentu Tidak Berdaya Untuk Bangun Atau Bergerak, Jadi Di Sini Ada Beberapa Cara Yang Boleh Membantu:-
  1. Mula-mula Anda Harus Membantu Mereka Agar Duduk Bersandar & Kemudian Picit Bahagian Tengkuk Serta Pangkal Telinga Dengan Perlahan-lahan.
  2. Mangsa Perlu Diberi Minum Air Masak/ Mineral Dengan Banyak  Agar Dapat Melegakan Tekak Dan Perutnya. Malah Jika Perlu Air Tersebut Ditambahkan Dengan Gula Dan Garam Bagi Mengantikan Cairan Tubuhnya Yang Sudah Habis Keluar Bersama Muntah. Jika Ini Dilakukan, Ia Akan Lebih Cepat Segar.
  3. Dengan Cara Apapun Perut Harus Diisi, Ini Kerana Selepas Menerima Makanan Atau Minuman, Ia Akan Muntah Semula. Jadi Jangan Bimbang Kerana Ianya Adalah Satu Proses Rawatan Yang Perlu Dilakukan
  4. Rakan Yang Muntah Perlu Dielakkan Daripada Meneruskan Aktiviti Memancing Bagi Memulihkan Kesihatan & Kesegaran Tubuhnya.
  5. Langkah Terbaik, Rebahkan Mangsa Dalam Keadaan Separuh Berbaring Di Luar Kabin Atau Tempat Terbuka Bagi Membolehkan Mangsa Menghirup Udara Segar. Tetapi Ingat , Pastika Mangsa Tidak Menghirup Bau Asap Yang Keluar Dari Enjin Kerana Ia akan Lebih Memudaratkan.
  6. Usahakan Agar Rakan Tersebut Tidur Sehingga Dirinya Tersedar Sendiri, Insyaallah Mereka Yang Terkena Mabuk Laut Itu Akan Beransur Pulih Dan Dapat Meneruskan Aktiviti Memancing.
Okay..Selamat Mencuba & Semoga Ianya Membantu :-)

Sunday, 26 June 2011

Bolehkah Memancing Ketika Isteri Sedang Hamil?



Kepercayaan Melarang Suami Memancing Apabila Isteri Mengandung Sudah Menjadi Satu Daripada Budaya Masyarakat Melayu Sejak Berzaman Dulu Lagi. Kepercayaan Itu Sengaja Diadakan Oleh Isteri Serta Keluarga Kedua-dua Belah Pihak. Larangan Supaya Suami Tidak Turun Memancing Ketika Isteri Hamil Adalah Kerana Bimbang Bayi Yang Bakal Lahir Akan Mendapat Kecacatan Seperti Mulut Sumbing, Badan Bersisik Ataupun Ada Tabiat Menyukai Air Dan Pelbagai Lagi Gambaran Atau Andaian Buruk Yang Semata-mata Untuk Menakutkan Suami.

Larangan Ini Terus Dipercayai Oleh Mereka Yang Benar-benar Bimbang Kelahiran Anak Pertama Mendapat Cacat. Tetapi Bagaimana Dengan Nelayan Yang Bergantung Hidup Sepenuhnya Pada Hasil Tangkapan Atau Hasil Pancingan Ikan Di Laut, Sungai Mahupun Tasik? Apakah Mereka Turut Tidak Turun Ke Laut Sepanjang Tempoh Isteri Hamil? Nelayan Yang Tidak Mempercayai Kepercayaan Ini Menyerahkan Takdir Ini Kepada Allah S.W.T. Nelayan Terus Turun Ke Laut Unutk Mencari Rezeki Walaupun Isteri Berbadan Dua Atau Hamil Dan Alhamdulillah Bayi Yang Lahir Berasa Dalam Keadaan Cukup Sifat. Justeru Hakikat Ini Tidak Harus Dijadikan Amalan Untuk Menghalang Suami Turun Ke Laut Mencari Rezeki.

Namun Ada Kepercayaan Berikutan Berlaku Kelahiran Bayi Cacat Seperti Sumbing Bibir Kerana Suami Dikatakan Mengoyak Mulut Ikan Ketika Mengeluarkan Mata Kail Lalu Cerita Itu Dikaitkan Dengan Kecacatan Anak Yang Lahir Itu Sebagai Bukti Yang Terus Dipercayai Hingga Hari Ini. Ternyata Segala Kepercayaan Karut Ini Tidak Berasas. Mempercayainya Boleh Menjadikan Kita Syirik Kepada Allah. Segalanya Yang Berlaku Adalah Kuasa Dan Takdir Allah S.W.T

Untuk Itu Sebagai Umat Islam Kita Harus Menyedari Bahawa Allah Tidak Menghalang Hamba-Nya Keluar Mencari Rezeki Yang Halal Walaupun Dalam Keadaan Isteri Sedang Hamil. Cuma Atas Rasa Simpati Jika Mahu Diterjemahkan Sebagai Kasih Sayang Pasangan Suami Isteri, Maka Suami Akan Terus Berada Di Samping Isteri Pada Saat-saat Diperlukan. Perasaan Kasih Sayang Begini Juga Dituntut Oleh Agama Dan Mendpat Pahala Dari Allah S.W.T. Namun Itu Juga Bukanlah Satu Petua Yang Terus Menghalang Suami Keluar Memancing Ketika Isteri Sedang Hamil. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana

Petua & Pantang Larang Ketika Memancing

Anda Tidak Digalakkan Unutk Mengamalkan Atau Mempercayai Sepenuhnya Petua & Pantang Larang Ini, Ada Yang Berguna Dan Ada Juga Yang Tidak Berguna, Cukup Untuk Sekadar Perkongsian Dan Renungan Kita Sahaja.

Mengekalkan Kesegaran Ikan
Untuk Mengelakan Ikan Daripada Busuk Jika Kita Tidak Mempunyai Kelengkepan, Ikan Itu Perlu Disiang Dan Dibuang Segala Isi Perut, Tahi, Dan Sisiknya. Tapi Ingat Ikan Berkenaan Tidak Boleh Dibasuh Dengan Air. Selepas Disiang, Biarkan Ikan Berkenaan Berdarah Lalu Dibalut Dengan Kertas Surat Kabar Seekor Demi Seekor (Usah Dicampur 2-3 Ekor Sebungkus). Selepas Itu Letakkan Bungkusan Itu Pada Tempat Yang Teduh. Ikan Berkenaan Akan Tetap Segar Walaupun Dibungkus Selama 24 Jam.

Daun Sireh @ Tembakau Rokok
Kita Sering Mendengar Pemancing Akan Menghadapi Masaalah Menaikkan Ikan Pari Bila Ia Melekap Di Pasir. Caranya Mudah Gunakan Daun Sireh Atau Tembakau Rokok (Dibasahkan) Lalu Digosok Pada Tali Pancing Hingga Berbunyi. Ikan Pari Akan Rasa Ngilu Dan Serta Merta Melepaskan Lekapannya Pada Pasir.

Telur Rebus & Pulut Kuning
Jangan Membawa Sebarang Makanan Berdarah Seperti Daging Atau Ayam Semasa Memancing. Begitu Juga Jangan Sesekali Membawa Bekalan Telur Rebus Dan Pulut Kuning. 'Laut Tempatnya Keras, Kedua-dua Makanan Itu Ada Kaitan Dengan Amalan Membuang Ancak’.

Kunyit & Tepung
Jika Memancing Di Sungai Dipercayai Ada Buaya, Jangan Gunakan Umpan Tepung Yang Digaul Dengan Kunyit. Buaya Tidak Suka Bau Kunyit Dan Ia Boleh ‘Mengamuk’ Dan Ini Boleh Mendatangkan Bahaya Kepada Pemancing.

Tersesat Di Dalam Hutan
Jika Kita Tersesat Di Dalam Hutan Semasa Memancing Dan Tidak Menjumpai Jalan Pulang, Cubalah Petua Ini, Telanjang Dan Buang Air Kecil, Selepas Itu Ambil Tanah Di Antara Tapak Kaki Anda Dengan Tempat Membuang Air Kecil Tadi Dan Bawalah Sepanjang Jalan. Insya-allah Jalan Pulang Akan Ditemui.

Berkat Dapat Izin Sebelum Memancing
Pastikan Setiap Kali Keluar Rumah Untuk Memancing Mestilah Memberitahu Isteri Atau Keluarga. Pastikan Semua Tanggungjawab Dan Urusan Telah Dibereskan Sebelum Pergi. Jangan Meninggalkan Masaalah Di Rumah, Termasuk Dengan Anak-anak. Bila Ini Dibereskan Hati Pun Tenang Semasa Memancing Dan Mungkin Berkat Doa Mereka Anda Mendapat Hasil Yang Baik..Insyaallah.

Menjaga Umpan Perumpun
Perumpun Yang Dibeli Untuk Memancing Biasanya Mudah Mati Dan Busuk Jika Anda Tidak Cepat Mengasingkannya. Petua Menjaga Kesegarannya Ialah Jika Memotong Perumpun Yang Panjang, Pastikan Ia Mula Dipotong Dari Bahagian Ekor. Jika Ia Dipotong Dari Bahagian Kepala, Perumpun Mudah Mati Dan Busuk. Penggunaan Surat Kabar Atau Kertas Yang Kering Juga Dapat Membantu Kesegarannya Dengan Menukar Kertas Takungan Umpan Ini Setiap 2 Jam Sekali. Elakkan Dari Terkena Air Hujan Atau Terdedah Dari Terik Panas Matahari. Sebaiknya Letakkan Kain Atau Kertas Yang Lembab Bagi Menutup Perumpun.

Mencari Perumpun Pasir @ Laut
Caranya Mudah, Beli Sebiji Nenas Yang Masak Ranum, Dan Anda Cuma Perlu Memerah Airnya Di Pasir Yang Anda Yakini Adanya Perumpun. Mungkin Kerana Masam Air Nenas Ini Perumpun Dengan Sendiri Akan Muncul, Jadi Anda Hanya Perlu Menariknya Keluar.

Kasut @ Selipar
Apabila Memancing Di Dalam Bot Atau Sampan, Jangan Pakai Selipar Atau Kasut. Macamlah Kita Nak MAsuk Rumah Orang, Kenalah Buka Kasut Atau Selipar. Ia Semacam Tanda Hormat Dan Adab. Nanti Ada Yang Kata Bahaya Takut Tercucuk Duri Di Dalam Sampan Tapi ini Sepatutnya Tidak Berlaku Jika Kita Mengutamakan Kebersihan Dan Keselesaan Ketika Memancing. Ada Juga Beranggapan Benda-benda Di Bawah (Dalam Air) Tidak Suka Kepala Mereka Dipijak Dengan Selipar Atau Kasut Yang Kotor.

Daun Ketapang
Jika Anda Gemar Membela Ikan Di Dalam Akuarium Dan Didapati Ikan Peliharaan Anda Tidak Sihat, Seperti Luka Atau Sisik Reput, Cuba Masukkan Sehelai Daun Ketapang, Sesungguhnya Ia Adalah Sumber Perubatan Kepada Ikan.

Langkah Batang Pancing
Petua Ini Menjadi Ikutan Ramai Pemancing Hingga Ke Hari Ini. Pantang Larang Agar Batang Pancing Tidak Dilangkah Adakalanya Menjadi Satu Medan Pertengkaran Sesama Rakan Pancing. Apa Yang Sering Dikatakan Batang Pancing Akan 'Suwei" Apabila Kena Langkah Dan Hasil Tangkapan Akan Meleset.

Mulut
Pantang Larang Paling Utama Dalam Aktiviti Memancing, Mulut Jangan Cakap Besar, Takbur, Celupar Dan Suka Menyumpah. Jangan Suka Menegur Sesuatu Yang Tidak Pasti Seperti. Bau Wangi Dan Sebagainya. Mulut Jangan Terlalu Suka Berjenaka Dan Bersenda Gurau Berlebihan Ditakuti Suka Akan Membawa Duka.

Kaki
Petua Ini Terutama Kepada Pemancing Yang Menaiki Bot Atau Sampan. Elakkan Suka Menjuntaikan kaiki Ke Dalam Air Semasa Memancing Atau Berehat. Perlu Diberitahu Tapak Kaki Kita Akan Kelihatan Putih Semasa Di Dalam Air Dan Amat Menarik Perhatian Ikan Seperti Jerung Atau Buaya Untuk Menyambarnya. 

Meludah Umpan
Petua Ini Turut Menjadi Amalan Sehingga Kini. Ada Yang Melakukan Pada Umpan Yang Pertama Di Dalam Aktiviti Memancing Dan Ada Yang Sentiasa Meludah Setiap Kali Menukar Umpan Baru. Ada Yang Beranggapan Untuk Isyarat Membuang 'Suwei' Dan Ada Yang Kata Sebagai Daya Penarik Bagi Ikan Ataupun Udang.

Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan
Sebaik Sahaja Terkena Sengatan Gigi Ikan Seperti Ikan Jenahak, Malong Dan Sebagainya Di Anggota Badan Terutama Jari, Cepat-cepat Cedok Air Laut Tempat Anda Memancing Dengan Tangan Kanan Dan Titiskan Ke Dalam Mulut Dan Telan Sedikit Air Tersebut. Rasa Bisa Serta Denyutan Akan Berkurangan Dan Bolehla Sapu Apa-apa Ubat Yang Sesuai Selepas Itu.

Saturday, 25 June 2011

Apakah Pantang Larang Ketika Memancing?


Berbanding Dulu Dan Sekarang Banyak Perbezaan Ketara Dalam Soal Pantang Larang Memancing. Orang Tua-tua Dulu Terlalu Banyak Pantang Larang Dan Menjadi Amalan Kuno Terlalu Percaya Perkara Tahyul.

Kini Ia Semakin Dilupakan Dengan Arus Teknologi Sekarang Yang Lebih Menjurus Kepada Sains Modem Berbanding Perihal Tahyul Yang Sering Menjadi Perbualan Era Sebelum Ini.

Antara Pantang Larang Yang Pernah Didengar Terutama Ketika Di Laut Ialah Bersiul, Membawa Daging Binatang Darat, Memakai Kasut Atau Selipar Dalam Bot, Berpatah Balik Jika Tertinggal Barang, Membawa Pulut Kuning, Minuman Keras Dan Terlepas Tangkapan Pertama.

Penulis Tidak Dapat Menjelaskan Rasional Seperti Tidak Boleh Membawa Daging Atau Tidak Boleh Terlepas Tangkapan Pertama Kerana Semua Ini Seperti Satu Hal Yang Sukar Dipercayai. Tidak Diafikan, Masih Ramai Tekong Melarang Pemancing Memakai Selipar Atau Kasut Ketika Di Atas Bot. Penulis Pernah Disergah Tekong Gara-gara Memakai Selipar. Tetapi Hakikatnya, Kita Memerlukan Selipar Ketika Dalam Bot Kerana Risiko Lantai Licin, Panas Dan Lebih Penting Ialah Mata Kali Tajam Mudah Tertusuk Di Tapak Kaki.

Selama Penulis Berkecimpung Dalam Dunia Memancing Sejak Pra Sekolah Hingga Kini, Tidak Pernah Ambil Pusing Soal Pantang Larang Dalam Dunia Memancing Kecuali Jika Bersama Kaki Pancing Yang Terlalu Mengambil Berat Hal Sebegini. Yang Penting Ialah Percaya Terhadap-Nya, Jangan Meninggalkan Solat, Banyak Bertawakal Serta Menerima Bahawa Baik Atau Buruk Malah Kejadian Berlaku Adalah Atas Kehendak-Nya. Fikir Sebaiknya Tujuan Apa Kita Ke Laut Atau Ke Hutan Dan Sebagainya.

Sebenarnya Yang Penting Ialah Kita Jangan Celupar, Bongkak Dan Mencabar Kuasa Semula jadi Alam Ciptaan Ilahi. Sekuat Mana Kita Mempermodenkan Persiapan, Sejauh Mana Menuruti Pantang Larang Namun Menentang Kuasa Alam Ibarat Seperti Membina Longkang Untuk Mengalirkan Air Banjir Atau Benteng Untuk Ombak Sebesar Tsunami

Sumber : Joran, Berita Harian

Friday, 24 June 2011

Cara Mudah Untuk Membuat FG Knot


Credit To Bro Sungkai From Lubuk.Net

Pengubat Tatkala Dilanda Kebosanan Melampau

Tarikh Kejadian - 22 June 2011 (Rabu)
Sebab Kejadian - Dah Dua Hari (Isnin & Selasa) Di Landa Kebosanan Yang Melampau
Lokasi Kejadian - Kolam Pancing Kg Teluk Jawa, P.Gudang
Mangsa Kejadian - Siakap Merah @ Kambing @ MJ (Mangrove Jack)
Umpan - Udang Mati @ Isi Udang @ Udang Kopek
Teknik - Berpelampung Dua Mata

Siakap Merah Pertama Yang Pernah Di Pancing
Kalu Di Perhatikan Betul-betul..Mata Ikan Ni Sebelah Dah Xde..Ada Sebelah Je Mata Dia
Tq To Hamdi Kerana Sanggup Menemani Selama 4 Jam, Walaupun Hasilnya Cuma Seekor, Tetap Berpuas Hati Kerana Dah Lama Xdapat Ikan Kat Kolam..Haha! To MJ Tq Kerana Sudi Menghiburkan Diriku Yang Dilanda Kebosanan Melampau :-)

Saturday, 18 June 2011

Second Trip @ Penyabong

Tarikh & Masa Trip - 11 June 2011 (7.00AM - 6.00PM)
Lokasi - Penyabong, Mersing
Komplotan - Faeiz, Ajis, Azhar @ Baby & Pojie @ Bomoh
Tekong - Abg Aziz ( 0167940763 )
Tujuan - Repeat Trip Yang Lepas (Once Upon Time In Penyabong)
Keadaan Cuaca - Amat Baik Sekali
Keadaan Air - Pun Amat Baik Sekali
Teknik Yang Di Praktikan - Casting & Popping
Sasaran - GT, Talang, Todak, & Kerapu.

Apalagi Nak Karang Ni..Memalam Ni Xde Idea Pulak Nak Wat Karangan, Tambahan Pulak Tangan Pun Masih Gigil Lagi Ni...Kehkeh! So Layan Jelah Gambar-gambar & Serba Sedikit Penerangan Yang Tak Seberapa Ni K...Laayyaann!!.
Wajah-wajah Ahli Komplot Yang Terlibat Dari Kiri Ajis, Azhar @ Baby & Pojie @ Bomoh
Yang Belakang Sekali Tu Lah Tekong Abg Ajis, Tekong Baik Punyerrrr...Hehe!
Antara Spot-spot Menarik Yang Dicuba, Rasanya Kat Area Sini Rabut Todak Sekor Ngan Wat Naik Talang
Bomoh Ngan Talang..Dgn Kaedah Popping, Foul Hooked, Gewang Macam Popper Yozuri Chug Bug Kot...Kehkeh
Bomoh Lagi..Dah Nama Pun Bomoh Kan...Kehkeh! Bomoh Ngan GT Ngan Menggunakan Gewang Xrap Deep Glass Ghost Kot..Kalu X Silap La...Kehkeh
Baby Ngan Hasil Pertamanya, Todak @ Banang Dengan Menggunakan Xrap Glass Ghost
Dia Lagi...Kali Ni Ngan GT Keduanya Dengan Menggunakan Gewang Yang Sama Jugak, Xrap Deep Glass Ghost
Kali Ni Giliran Ajis Pulak Yang Mengena Dengan Menggunakan Gewang Rapala Floating Magnum
Baby Ngan Mentimun Yang Membedal Gewang Xrap Glass Ghost
Bomoh Lagi...Ishishish..Apa Ilmu La Yang Bomoh Ni Pakai..Pas Dia, Dia Lagi, Pas Dia Lagi, Dia Lagi..Hmm! Kali Ni Talang Lagi Seko Dan Masih Menggunakan Popper
Akhirnya...Berjaya Jugak Mengkelepet Seekor Kerapu K****G Dengan Menggunakan Xrap Deep Hot Pink..Hehe! Kecik Pun Kecik La Janji Dia Bantai Gewang...Kehkeh
Bomoh Lagi...Kali Ni Berjaya Memperdaya GT Pulak Dengan Kaedah Popping
Berenti Rehat Jap Kat Pulau Apa Ntah Nama Dia, Sambil Tu Candat Sotong Mengabang Jap...Hehe...Syiok!!
Antara Sotong Mengabang Yang Berjaya Di Tawan...Mantop!!!
Selepas Rehat, Aktiviti Pun Bersambung, Dan Baby Telah Berjaya Memperdayakan Seekor Jemuduk Dengan Menggunakan Gewang...Gewang Apa X Ingat...Kehkeh! Rasanya Glass Ghost Kot...Huhu!




Pastu Giliran Ajis Ngan Aku Lak Berjaya Memperdayakan Todak, Kedua-duanya Menggunakan Xrap Glass Ghost...Todak-todak Ni Nya Larian Memang Dasyat..Sampai Calar Balar Gewang Di Buatnya
Perghhhh...Bomoh Lagi...Bomoh Berjaya Mempergayakan Seekor Haruan Tasik Dengan Menggunakan Gewang Xrap Deep Glass Ghost....Dasyattttt
Baby Ngan GT Pertamanya, Menggunakan Xrap Glass Ghost...Memang Berantu Tul Gewang Ni
Treble Hooked Up...Time Ni Dah Tak Terdaya Nak Melayan Todak, Abis Jahanam Gewang Dikerjakannya, Kalu Dapat Pastu Terlepas Rasa Lega Tul...Kehkeh!
Akhirnya...Berjaya Jugak Menaikkan GT Dalam Trip Kali Ni...Menggunakan Glass Ghost Jugak...Hehe
Aduh...Letih Tul...Lagi-lagi Dia Ni....
Seekor Ikan Selar Yang Membaham Xrap Glass Ghost
Sebahagian Daripada Ikan-ikan Yang Berjaya Di Tawan
So Sampai Di Sini Saja Report Untuk Kali Ni...Hehe! Goodbye Penyabong, We Will Be Back Again...Huhu! Kesimpulannya Trip Kali Ni Bolelah Di Anggap Paling Berjaya Setakat Ini...Alhamdulillah
Ok...Salam