Recent News
Saturday, 25 June 2011
Apakah Pantang Larang Ketika Memancing?
Berbanding Dulu Dan Sekarang Banyak Perbezaan Ketara Dalam Soal Pantang Larang Memancing. Orang Tua-tua Dulu Terlalu Banyak Pantang Larang Dan Menjadi Amalan Kuno Terlalu Percaya Perkara Tahyul.
Kini Ia Semakin Dilupakan Dengan Arus Teknologi Sekarang Yang Lebih Menjurus Kepada Sains Modem Berbanding Perihal Tahyul Yang Sering Menjadi Perbualan Era Sebelum Ini.
Antara Pantang Larang Yang Pernah Didengar Terutama Ketika Di Laut Ialah Bersiul, Membawa Daging Binatang Darat, Memakai Kasut Atau Selipar Dalam Bot, Berpatah Balik Jika Tertinggal Barang, Membawa Pulut Kuning, Minuman Keras Dan Terlepas Tangkapan Pertama.
Penulis Tidak Dapat Menjelaskan Rasional Seperti Tidak Boleh Membawa Daging Atau Tidak Boleh Terlepas Tangkapan Pertama Kerana Semua Ini Seperti Satu Hal Yang Sukar Dipercayai. Tidak Diafikan, Masih Ramai Tekong Melarang Pemancing Memakai Selipar Atau Kasut Ketika Di Atas Bot. Penulis Pernah Disergah Tekong Gara-gara Memakai Selipar. Tetapi Hakikatnya, Kita Memerlukan Selipar Ketika Dalam Bot Kerana Risiko Lantai Licin, Panas Dan Lebih Penting Ialah Mata Kali Tajam Mudah Tertusuk Di Tapak Kaki.
Selama Penulis Berkecimpung Dalam Dunia Memancing Sejak Pra Sekolah Hingga Kini, Tidak Pernah Ambil Pusing Soal Pantang Larang Dalam Dunia Memancing Kecuali Jika Bersama Kaki Pancing Yang Terlalu Mengambil Berat Hal Sebegini. Yang Penting Ialah Percaya Terhadap-Nya, Jangan Meninggalkan Solat, Banyak Bertawakal Serta Menerima Bahawa Baik Atau Buruk Malah Kejadian Berlaku Adalah Atas Kehendak-Nya. Fikir Sebaiknya Tujuan Apa Kita Ke Laut Atau Ke Hutan Dan Sebagainya.
Sebenarnya Yang Penting Ialah Kita Jangan Celupar, Bongkak Dan Mencabar Kuasa Semula jadi Alam Ciptaan Ilahi. Sekuat Mana Kita Mempermodenkan Persiapan, Sejauh Mana Menuruti Pantang Larang Namun Menentang Kuasa Alam Ibarat Seperti Membina Longkang Untuk Mengalirkan Air Banjir Atau Benteng Untuk Ombak Sebesar Tsunami
Sumber : Joran, Berita Harian
Labels:
Pantang Larang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment