Recent News
Thursday, 30 June 2011
Salahkah Memancing Ikan?
Sebagai Sebuah Bentuk Kegiatan Yang Bersifat Hobi, Pada Dasarnya Tidak Ada Masalah Dengan Memancing Ikan, Sebagaimana Orang Arab Pada Zaman Dahulu Yang Mempunyai Hobi Berburu. Ini Kerana Haiwan-haiwan Itu Diciptakan Allah S.W.T Untuk Manusia, Samaada Untuk Dimakan Ataupun Untuk Dijadikan Haiwan Ternakan Bagi Membantu Kehidupan Seharian.
Tiada Yang Salah Dalam Memancing Ikan Sekiranya Semuanya Kena Pada Caranya. Maksudnya Seseorang Itu Tidak Dianggap Kejam Apabila Memperoleh Ikan Dengan Cara Memancing. Meskipun Sekilas Pandang Nampak Seperti Menyiksa Ikan Apabila Ikan Tersebut Menelan Mata Kail Lalu Mati, Tapi Harus Bagaimana Lagi Kerana Sudah Menjadi Kelaziman Ikan Ditangkap Atau Diperolehi Dengan Cara Begitu. Sama Juga Seperti Menggunakan Jaring, Walaupun Tidak Mengguna Mata Kail Ikan Itu Tetap Juga Akan Di Bawa Kedaratan Dan Akan Mati Kerana Tidak Boleh Bernafas. Namun Memang Demikian, Memancing Atau Menjaring Ikan Adalah Satu Hal Yang Lumrah Kerana Dengan Cara Sebegitu Sahaja Kita Akan Memperoleh Ikan Dan Ikan Memang Dijadikan Untuk Manusia Menggunakannya.
Yang Menjadi Masaalah Dalam Hal Memancing Ini Mungkin Dalam Hal Pengurusan Masanya. Contohnya Yang Menjadi Masaalah Adalah Seperti Memancing Sehingga Lupa Anak Bini, Lupa Akan Tanggungjawabnya Dan Perkerjaan Harianya. Kalau Masaalah Seperti Ini Dapat Diatasi, Maka Tiada Masaalah Untuk Memancing
Memancing Juga Diharamkan Jika Terdapat Unsur Perjudian Di Dalamnya. Namun Jika Memancing Itu Tidak Melalaikan Banyak Masa Cuma Hanya Sementara Atau Sekali Sekala Untuk Menghilangkan Tekanan, Maka Ianya Tergolong Di Dalam Hobi Yang Bermanfaat. Jadi Semuanya Tergantung Bagimana Kita Menguruskan Hobi Kita Ini. Yang Penting Janganlah Sampai Melampaui Batas Dan Kemampuan.
Labels:
Good Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment