Recent News

Saturday 13 August 2011

My Lovely Fishing Reel :-p

Arini Aku Nak Share Ngan Korang Pasal Reel Memancing Kesayangan Aku...Haha! Semua Sekali Ada 4 Biji (Setakat Ini..Mungkin Akan Bertambah Kot). Semuanya Spinning Reel, Pintu Hati Ni Masih Lum Terbuka Lagi Nak Beralih Kepada Reel BC (Baitcaster). Mungkin Suatu Hari Nanti Bila Aku Dah Puas Guna Reel Spinning Ni Baru Aku Beralih Ke BC Kot. Buat Masa Sekarang Aku Lebih Selesa Menggunakan Reel Jenis Spinning. Biarlah Apa Orang Nak Kata Atau Kutuk, Janji Aku Happy...Haha!. So Skang Ni Aku Nak Share Ngan Korang Reel-Reel Kesayangan Aku Ni Mengikut Susunan Mana Yang Aku Lebih Sayang...Haha..Layannzz..!!

Shimano Aernos C3000



Okay...Mesin Ni Kalu Tak Silap Aku Beli Pada Tahun 2009, Lebih Kurang Macam Tu La. Reel Ni Menduduki Tempat Pertama Di Antara Reel-Reel Yang Lain. Banyak Dah Jasa Reel Ni Kat Aku, GT, Toman, Kerapu Semuanya Reel Ni Dah Bawak Naik. Kira Memang Berbaloilah Aku Beli Reel Ni, Harga Pun Ekonomi, Dulu Aku Beli Harganya Dalam RM 130 Kat Kedai Gemuk Kat Ulu Tiram. Reel Ni Aku Lebih Suka Guna Untuk Casting, Pasal Dia Kecik Dan Ringan, So Xde Lah Memenatkan Sangat Kan. Okay  Kita Beralih Pada Reel Yang Kedua Pulak.

Shimano Aerlex 4000



Shimano Aerlex Ni Adalah Reel Paling Lama Di Antara Ke Empat2 Reel Yang Lain. Reel Ni Aku Beli Pada Tahun 2006. Pasal Apa Beli? Pasal Nak Menggantikan Reel Mitchell Aku Yang Telah Jahanam. Aku Beli Kay Kedai Fisherman Kat Permas Jaya Dengan Mas Kahwin Sebanyak RM 270. Rasanya Ni Reel Paling Mahal Aku Pernah Beli Kot. Aku Lebih Suka Gunakan Reel Ni Untuk Teknik Bottom, Kadang2 Popping Pun Guna Jugak, Popping Skitter Pop 13 Cm...Macam Baling Batu...Kahkah! Condition Tip Top Sampai Sekarang. Jasanya Ikan Jenahak, Kerapu, Kaci, Siakap Semua Dia Dah Bedal. Kira Okaylah Kan..Skang Kita Pergi Kepada Pemenang Tempat Ketiga...:-p

Banax GT 4000W



Alkisah Tersebutlah Kisah Pasal Banax GT Ni. Ada Ceritanya Pasal Reel Ni. Reel Ni Dulu Aku Beli Pada Tahun 2009 Dekat Kedai Mancing Berjaya Dekat Kluang (Dekat Je Ngan Rumah Aku). Di Beli Dengan Harga RM 230..Lebih Kurang Camtulah..Menjadikannya Menduduki Tempat Kedua Dalam Carta Reel Paling Mahal Aku Pernah Beli. Pada Mulanya Reel Ni Dibeli Untuk Digabungkan Dengan Joran Abu Garcia Ultra Cast 2 Yang Panjangnya 9'. Kononnya Nak Berjinak2 Dengan Pancingan Pantailah Kan. Tapi Disebabkan Longkang Spool Reel Ni Terlalu Dalam Jadi Aku Merasakan Ianya Tidak Sesuai Untuk Melakukan Teknik Surfcasting. Jadi Skang Ni Aku Gabungkannya Dengan Joran Ugly Stick Ataupun Dengan Joran Tak Famous. Jadi Sekarang Tugasnya Lebih Kepada Teknik Membottom. Syok Bottom Pakai Reel Ni.. Setakat Batu Ladung Besar Batu Lesung Pun Relax Je Dia Tarik. Ni Kalu Aku Pakai Mesin Yang Kat Atas Tu Ha..Nak Tukar Umpan Pun Leh Jadi Penat..Haha! Jasanya Setakat Ni Xdelah Sebesar Badan Reel Ni..Paling Besar Pun Raasnya Ikan Ragok Ngan Ikan Ketuka Kot Dia Pernah Bawak Naik..Xpe2 Lain Kali Boleh Cuba Lagi..Hehe!

Shimano Sienna 4000FB



Okay Last Sekali Kita Cite Pasal Reel Sienna 4000FB Ni Pulak. Reel Ni Aku Beli Pada Tahun 2010 Kat Kedai Gemuk Ulu Tiram Dengan Harga RM 100. Reel Ni Aku Beli Pada Mulanya Nak Bagi Kat Bapak Mertua Aku, Tapi Bila Dah Sampai Masanya, Rasa Sayang Pulak Nak Bagi..Kehkeh! Reel Ni Selalu Aku Bagi Kat Bapak Mertua Aku Kalo Kitaorang Pi Turun Laut..Kalo Jahanam Xde La Ralat Sangat Kan. Walaupun Reel Ni Harganya Murah, Tapi Banyak Jasa Reel Ni. Rasanya Baru 2 Kali Reel Ni Turun Laut Kot..Tapi Pengalamannya Boleh Tahan Jugak Hebatnya..Kehkeh! Tapi Aku Jarang Pakai Reel Ni..Reel Ni Memang Dikhaskan Untuk My Father In Law :-p

Okay Sampai Disini Saja Cerita Pasal Reel Kesayangan Aku, Lain Kali Kalu Aku Beli Reel Baru Aku Akan Pertepekkan Dekat Sini. Manala Tau Kedudukan Carta Reel Aku Ni Boleh Berubah Kan..Hehe! Panjang Jugak Aku Mengarang Malam Ni, Malam-Malam Buta Ni Mencurah-Curah Pulak Idea Aku Nak Mengarang. Okay Kita Stop Di Sini Dulu Okay..Adios :-p

1 comments:

Unknown said...

Hello bos...banax gt 4000w ...masih ada kotak lg x...bleh minta diagram dia x...nk cri part...barang

Post a Comment