Recent News

Tuesday, 12 July 2011

Bulan & Pemancing - Pemilihan Hari Berdasarkan Arus


Bulan Adalah Penanda Waktu Untuk Pemancing Kawasan Laut, Muara Dan Pemburu Udang, Dan Waktu Yang Dipilih Selalunya Menentukan Kegagalan Atau Kejayaan Untuk Pemancing. Kalendar Islam Dan Kalendar Cina (Lunar) Dikira Mengikut Perubahan Bulan Dan Ia Menjadi Rujukan Kepada Pemancing Dan Nelayan Sebagai Rujukan Dalam Mencari Rezeki Dan Tidak Menjadi Halangan Untuk Turun Memancing Pada Mana-Mana Waktu Untuk Kita Menurunkan Umpan Asalkan Kita Tahu Dimana Umpan Perlu Diletakkan.

Air Besar

Dalam Kalendar Islam Bulan Penuh Adalah Awal, 15 Haribulan, Dan Akhir Bulan. Pada Bulan Jun 2010 Yang Lepas Bulan Penuh (Juga Dipanggil Purnama) Adalah Pada 14 Haribulan Dan Sekali Lagi Pada 28. Apabila Bulan Penuh, Beza Antara Pasang Dan Surut Amat Besar. Perbezaan Ini Menyebabkan Arus Akan Bergerak Laju Setiap 6 Jam Dari Pasang Kepada Surut Dan Sebaliknya.

Jadual Pasang Surut 28 Jun 2010 Atau 15 Rejab 1431H Untuk Pelabuhan Kelang

0115     1.0
0712     4.6
1319     1.6
1913     4.6

Memancing Pada Waktu Ini Amat Senang Untuk Menjejak Ikan Kerana Mereka Akan Berkumpul Di Lubuk Atau Mencari Perlindungan Berhampiran Struktur Tenggelam Kerana Arus Yang Laju Akan Memenatkan Ikan. Yang Susahnya Kepada Pemancing Ialah Menggunakan Peralatan Yang Sesuai Untuk Air Besar Ialah Peralatan Memancing Yang Lebih Besar Berbanding Air Perlahan Atau Mati.
     
Pemancing Pantai Memerlukan Waktu Sebegini Kerana Pada Air Pasang Ikan Akan Rapat Ke Pantai Atau Tebing Memburu Makanan. Kawasan Muara Akan Dipenuhi Ikan Laut Kerana Kadar Kemasinan Air Yang Tinggi Membolehkan Ikan Meneroka Jauh Ke Sungai. Air Besar Memberi Khabar Buruk Kepada Pemancing Udang (Bukannya Tiada Udang) Kerana Arus Sungai Yang Laju Tidak Sesuai Kerana Muara Kita Yang Dipenuhi Sampah Semulajadi Atau Buangan Manusia Akan Memberi Tentangan Kepada Tali Dan Batu Ladung Bersaiz Besar Tidak Sesuai Untuk Saiz Pancing Udang. Air Pasang Yang Bergerak Jauh Ke Hulu Menyebabkan Pemancing Udang Terpaksa Ke Hulu Dalam Jarak Yang Jauh (Udang Akan Bergerak Untuk Mengelakkan Air Masin) Dan Begitu Juga Sebaliknya Apabila Air Surut.

Air Mati

Air Mati Ialah Istilah Untuk Pergerakan Air Yang Perlahan Kerana Beza Air Pasang Surut Yang Kecil

Jadual Pasang Surut 21 Jun 2010 Atau 8 Rejab 1431H Untuk Pelabuhan Klang

0022     3.8
0634     1.9
1304     4.4
1944     2.0

Ikan Akan Bertaburan Di Segenap Perairan Kerana Arus Perlahan Tidak Mengekang Mereka Mencari Perlindungan Tapi Susah Untuk Menjejak Mereka Kerana Lubuk Dan Struktur Tenggelam Bukan Lagi Penempatan Semasa Arus Perlahan. Saya Mencadangkan Waktu Terbaik Adalah 4 Hari Sebelum Air Besar Dan 4 Hari Selepas Air Besar, Begitu Juga Untuk Air Mati, Pilih 4 Hari Sebelum Dan Selepas. Arus Pada Masa Hari Pilihan Tidak Laju Dan Tidak Perlahan, Mangsa Boleh Dipilih Dari Lubuk Atau Sarang Atau Luar Kawasan Ini. Waktu Yang Saya Paling Tidak Sukai Ialah Wajtu Air Mati Kerana Apabila Umpan Diturunkan, Tali Akan Terus Ke Dasar Dan Umpan Berada Dalam Keadaan Senyap Tanpa Buaian Arus (Ada Orang Memanggilnya Tali Berdiri) Dan Hasil Waktu Ini Amat Menyedihkan.

Waktu Yang Paling Sukai Ialah Waktu Air Besar Kerana Tidak Ramai Yang Menjalankan Aktiviti Waktu Ini (Senang Untuk Tempahan Bot) Dan Laut Atau Sungai Untuk Pancing Udang Kita Yang Punya. Air Besar Dan Air Mati Adalah Penentuan Laju Atau Perlahannya Arus Tapi Bukan Membolehkan Kita Tahu Kelajuan Angin Atau Ribut, Ia Tidak Bersangkut Dengan Cuaca (Hujan Atau Angin) Dab Jangan Kita Katakan Jika Arus Laju Maka Angin Akan Laju (Kena Gelak Nanti)!

Sekian

Sumber - Majalah Kembara Kail

0 comments:

Post a Comment