Recent News

Saturday, 9 July 2011

Panduan Membeli Joran


Membelilah Mengikut Kemampuan. Murah Atau Mahal Tidak Menjadi Masaalah Asalkan Memberi 'Perkhidmatan' Terbaik Untuk Memancing. Namun Kebiasaan Yang Mahal Mempunyai Kualiti Yang Agak Sempurna. Jika Memilih Joran Fikirkan Adakah Ia Sesuai Dengan Gaya Pancingan Anda Samada Untuk Kegunaan Ke Laut, Sungai, Tasik Atau Sebagainya.

Material Samaada Gentian Kaca, Grafit Atau Gabungan Karbon Seperti Boron Atau Grafit Kevlar. Bahan-Bahan Ini Sebenarnya Termasuk Dalam Gaya Pancingan Anda. Jika Kita Memengang Dalam Waktu Yang Lama Atau Melakukan 'Casting', Perlulah Anda Memilih Joran Aksi Ringan Supaya Tidak Cepat Lenguh Tangan. Sesungguhnya Joran Jenis Karbon Dan Grafit Lebih Ringan Dan Lebih Mahal Dari Gentian Kaca.

Joran Untuk Kekili Mendatar Mempunyai Bilangan Cincin 5 Ke 7. Jumlah Yang Seimbang Memberi Lenturan Yang Seimbang. Ketika Membeli Joran Hendaklah Diperiksa Cincin Dengan Teliti, Walaupun Baru, Terdapat Juga Cincin Yang Rosak Atau Retak Yang Boleh Merosakkan Tali. Bentuk Cincin Yang Berkaki Tiga (2 Di Belakang, 1 Di Depan), Berkaki Empat Dan Berkaki Tunggal. Cincin Berkaki Tunggal Dan Berkaki Tiga Lebih Baik Kerana Ia Lebih Elastik, Ia Akan Dapat Mengikut Joran Melentur Tetapi Cincin Berkaki Empat Tidak Dapat Berbuat Demikian.

Jenis Pemegang Joran Yang Popular Ialah Jenis Gabus Dan Span. Pemegang Gabus Sedap Dipandang Dan Sudah Tentu Harganya Mahal Sedikit. Sekiranyan Anda Memilih Joran 2 Bahagian, Pastikan Sambungannya Mestilah Padu. Penyambung Yang Bagus Akan Menghasilkan Bunyi 'Pop' Apabila Ditanggalkan.

Ok..Selamat Membeli Joran

Sumber - MRSM Pasir Salak Fishing Club (Facebook)

0 comments:

Post a Comment