Ramai Dikalangan Pemancing Tanah Air Kita Mulai Sedar Tentang Kepentingan Dan Cuba Untuk Mempraktikkan Konsep Tangkap Dan Lepas Ini. Malangnya Tak Semua Dari Kalangan Kita Memahami Sebenarnya Konsep Tangkap & Lepas Ini. Adakalanya Melepaskan Ikan Kelihatan Seperti Agak Mudah Iaitu Dengan Menanggalkan Matakail Terus Dari Mulut Ikan Dan Terus Dilepaskan Ke Dalam Air Lalu Ia Berenang Dengan Bebasnya. Malah Ikan Juga Tidak Menunggu Kita Untuk Dirinya Dibebaskan, Sebaliknya Ia Akan Meronta-Ronta Dengan Menggeliang-Geliut Untuk Membebeaskan Dirinya.
Jadi Beberapa Fakta-Fakta Dari Pelbagai Sumber Rujukan Dan Diterjemahkan Ke Bahasa Ibunda Agar Ianya Memberi Manfaat Serta Boleh Dijadikan Panduan Dan Pedoman Bagi Kita Semua.
Pemilihan Alat Tangkapan
- Gunalah Tali Pancing Yang Telah Diuji Ketahanannya Bagi Boleh Menaruk Tangkapan Dengan Mudah Dan Cepat.
- Ikan Yang Dipancing Dengan Menggunakan Fly Atau Lure Lebih Berpeluang Tinggi Untuk Terus Hidup Berbanding Penggunaan Umpan Hidup
- Sesuaikan Matakail Dengan Saiz Tangkapan.
- Guna Playar Untuk Meratakan Duri Pandan Agar Matakail Lebih Mudah Ditanggalkan Dari Mulut Ikan
Mendaratkan Tangkapan
- Daratkan Ikan Dengan Lemah Lembut Dan Sepantas Yang Boleh
- Tidak Perlu Mengalihkan Ikan Tersebut Keluar Dari Air.
- Elakkan Ikan Jatuh Terhempas Ke Tanah, Perut Bot Meskipun Di Dalam Air Yang Cetek.
- Gunalah Tangguk Atau Sauk Yang Mempunyai Jaring Yang Lembut Atau Jaring Yang Tidak Mempunyai Knot Seperti Jaring Silicon.
Menangani Tangkapan
- Kekalkan Ikan Terus Berada Di Dalam Air.
- Bagi Ikan Yang Besar Peganglah Dengan Kedua-Dua Tangan Dengan Lembut Iaitu Sebelah Tangan Mengampu Di Bawah Perut Manakala Sebelah Tangan Lagi Memegan Di Bahagian Ekor.
- Pastikan Jari Jemari Tidak Menusuk Ke Bahagian Insang Atau Mata.
- Jangan Memicit Mana-Mana Bahagian Badan Ikan.
- Ikan Tidak Boleh Bertahan Lama Di Darat Sepertimana Manusia Tidak Boleh Bertahan Nafas Dengan Lamanya Di Dalam Air. Peganglah Ikan Tersebut Dari Dalam Air Lagi Sementara Itu Mintalah Kawan Untuk Mengambil Gambar.
Mengeluarkan Mata Kail
- Gunalah Forsep Atau Playar Bermuncung Panjang Bagi Mengeluarkan Mata Kail Dari Mulut Ikan.
- Keluarkan Mata Kail Secepat Mungkin Dan Pastikan Ikan Sentiasa Berada Di Dalam Air.
- Seandainya Mata Kail Tertelan Agak Jauh Ke Dalam Mulut, Potong Terus Tali Perambut Dan Lepaskan Ikan Itu Dengan Segera. Sekira Ikan Tercedera Dengan Parah Atau Berlaku Pendarahan Pada Insangnya, Hayat Ikan Tersebut Mungkin Tidak Panjang, Maka Adalah Lebih Baik Dibawa Pulang Untuk Menjadi Hidangan Seisi Keluarga.
- Elakkan Dari Mengguna Mata Kail Stainless Steel Kerana Matakail Tersebut Tidak Melarutkan Asid Di Dalam Perut Ikan Apabila Ia Terkena Kail
Merawatpulih Tangkapan (Reviving)
- Ikan Hendaklah Berada Di Dalam Air Sepanjang Masa. Sekiranya Untuk Mengambil Gambar, Pastikan Jurufoo Telah Bersiap Sedia Dan Lakukan Dengan Pantas Agar Ikan Tersebut Dengan Segera Diletakkan Semula Ke Dalam Air.
- Setelah Bertarung Habis-Habisan Biasanya Ikan Akan Menjadi Sangat Letih Dan Tidak Berupaya. Oleh Itu Ikan Perlu Dirawat Pulih Terlebih Dahulu Sebelum Terus Dilepaskan Ke Dalam Air. Langkah Pertama Pastikan Kepala Ikan Tersebut Mengarah Ke Hulu Sungai, Pilihlah Suatu Sudut Atau Kawasan Yang Berarus Perlahan (Manakala Tasik Atau Lautan , Arus Bukanlah Suatu Faktor Masalah Bagi Proses Merawatpulih Tangkapan). Gerakkan Perlahan-Lahan Dengan Menyorong Ia Ke Depan Dan Undur Semula Ke Belakang Berulang-Ulang Kali Sehingga Kelihatan Bahagian Insangnya Mula Membuka Dan Menutup Sehingga Stabil. Bila Ikan Tersebut Semakin Pulih Dan Stabil Dan Cuba Untuk Memulakan Renangan, Maka Ia Akan Terus Berenang Dengan Sendirinya Dari Tangan Kita.
- Ikan Yang Besar Biasanya Mengambil Masa Untuk Kembali Pulih, Maka Ulangi Proses Tersebut Berkali-Kali Sehingga Ia Pulih Seperti Sediakala.
Okay..Selamat Mencuba & Selamat Beramal :-)
Sumber - Darul Naim Anglers
Sumber - Darul Naim Anglers
2 comments:
salam tuan tanah. terjumpa blog ni dari blog kawan yang satu. tak sangka ada banyak cara dan tips tangkap dan lepas ikan ni. hehe.. dulu suka gak mancing, tp skrg dah pencen.. pernah praktik jugak tangkap lepas ni tapi lepas dalam kuali je la.. hehe
Wasalam...Lepas Dalam Kuali Pun Kira Okaylah Tu Kan..Rezeki Kan :-)
Post a Comment