Recent News

Wednesday 6 July 2011

Tips Penjagaan Peralatan Memancing


Perlatan Memancing Seperti Joran, Kekili, Mata Kail Dan Sebagainya Juga Perlulah Dijaga Bagi Mengelakan Peralatan2 Tersebut Daripada Karat Atau Rosak. Bila Berlaku Keadaan Sedemikian Ianya Akan Melibatkan Kos Samaada Untuk Memperbaiki Peralatan Tersebut Atau Untuk Membeli Peralatan Yang Baru. Disini Aku Nak Menyenaraikan Beberapa Tips Bagi Menjaga Peralatan Utama Memancing Ini..So Layaaannn...:-)

Joran
  1. Bersihkan Sisa-sisa Umpan Yang Melekat Pada Joran Selepas Selesai Memancing.
  2. Sesudah Trip Bilas Joran Dengan Air Bersih Dan Bahagian Pada Joran Tersebut Seperti Cincin Dilap Hingga Kering.
  3. Elakkan Dari Terdedah Kepada Sinaran Matahari & Suhu Yang Tinggi Seperti Melatakkan Joran Didalam Bonet Kereta Untuk Sesuatu Tempoh Yang Lama
  4. Jangan Simpan Joran Di Tempat-tempat Yang Boleh Menyebabkannya Patah. 
Kekili
  1. Setelah Selesai Sesuatu Trip Memancing, Terutamanya Pancingan Air Masin, Jirus Kekili Tersebut Dengan Air Bersih Dan Kemudian Lap Sehingga Kering. Pastikan Drag Ditahap Maksimum Bagi Mengelakkan Air Daripada Masuk Ke Dalam Badan Reel.
  2. Elakkan Daripada Merendam Kekili Kedalam Air Bagi Mengelakkan Air Daripada Masuk Ke Dalam Badan Kekili
  3. Check Bahagian-bahagian Seperti Dalam Spool, Bail Arm, Pastikan Tiada Garam-garam Yang Berada Di Kawasan Itu, Kalau Ada Bersihkan
  4. Simpan Reel Ke Dakam Sarung Reel Bagi Mengelakannya Daripada Bercalar.
Mata Kail
  1. Selepas Pulang Dari Memancing Air Masin, Bersihkan Dan Bilas Dengan Air Tawar. Kemudian Keringkan Di Bawah Sinar Matahari
  2. Selepas Kering, Perhatikan Mana Bahagian Yang Ada Tanda Karat. Jika Ada, Gosok Dengan Kertas Pasir. Penting Untuk Anda Menyimpannya Dalam Kotak Pancing Anda. Sila Amati, Jika Kurang Tajam, Boleh Gunakan Kikir Halus Dan Asah Pada Bahagian Berkenaan.
  3. Jika Mata Kail Agak Berkarat Adalah Lebih Baik Anda Membuangya Sahaja. Paling Penting, Mata Kail Yang Telah Anda Bersihkan Ini Jangan Sesekali Dicampurkan Ke Dalam Bekas Atau Pek Mata Kail Yang Masih Belum Digunakan. Anda Perlu Menyediakan Bekas Khas Untuk Mata Kail Terpakai.
Ok..Selamat Mencuba :-)

3 comments:

Suliana said...

cite la pasal darwisy plak.. tak pe campur2 pun, blog kita kan. huhu

Faeiz said...

Yela..Ada Jugak Rasa Nak Tulis, Tapi Tau Jelahkan, Faiz Bukan Pandai Mengarang Sangat, Cite Pasal Mancing Pandaila

Hasrul Hassan said...

Wahhh terima kasih atas tips ni ... :)

Post a Comment